Saturday, December 15, 2012

3 perkara lelaki takuti dengan 3 falsafah

Alhamdulillah setelah melalui 13 minggu menyambung pengajian yang tertunda, mama merasakan cukup berbaloi dengan segala susah-payah kita semua. Walaupun mama pergi bertongkat dan melalui perjalanan yang sukar dari Tg Malim ke Serdang kerana menahan sakit kaki dan lain-lain, namun mama rasa minda mama cukup terisi dan mendapat ilmu yang sungguh bagus daripada PM Dr. Zaitulazma. Subjek metodologi kajian kualitatif BBM 6402 yang merupakan subjek wajib pelajar dr falsafah benar-benar memahamkan mama tentang falsafah yang dicari melalui kajian. Inilah yang ingin mama kongsikan dengan analogi yang cukup mudah yang berlaku pada minggu ini dalam kelas ini. Komen Sahrul ini timbul apabila Dr Zaitul ceritakan tentang kepanikan pelajar menjawab soalan semasa viva (ujian lisan) menyebabkan pelajar diberi minor atau major. Sahrul lalu mencelah:
Sahrul: Dr, ada 3 perkara yang paling orang lelaki takuti : iaitu
Pertama sewaktu kena bersunat,
Kedua sewaktu nak akad nikah kali pertama dan
Ketiga ketika nak viva..
Dr dengan spontan menjawab:
Dr. Zaitul: Pengalaman sayalah sebagai seorang ibu kepada anak lelakilah 3 perkara yang lelaki bimbangnya ialah :
Pertama bagaimana nak memikul tanggungjawab lelaki berkhidmat kepada ibunya setelah ibu semakin berusia.
Kedua bagaimana nak memandu keluarga yang baru dibina iaitu isteri dan anak-anak ke jalan yang benar. dan
Ketiga  bagaimana nak menerima tanggungjawab sebagai khalifah Allah

Sekali dengar mama dan kawan-kawan sekelas gelak je pada Sahrul..tapi bila balik rumah baru mama terfikir tentang jawapan dr Zaitul rupanya merupakan falsafah daripada apa yang diperkatakan oleh Sahrul iaitu KENAPA lelaki takut semua itu?

FALSAFAHnya ialah:
1. sunat (yang dimaksudkan ialah sunat 12 tahun budak lelaki Melayu) merupakan langkah menuju kedewasaan, umur baligh dan tentutanya tanggungjawab yang perlu dipikul..

2. akad nikah merupakan langkah untuk menghalalkan hubungan dengan seorang perempuan yang tidak dibenarkan sebelum ini, merupakan langkah untuk membina keluarga sebagaimana yang diredhai oleh Allah SWT.

3. viva merupakan langkah untuk lulus pengajian peringkat tinggi di mana ilmu yang digunakan dituntut untuk menjadi khalifah di muka bumi ini..

Itulah perkaitannya. Sungguh cepat dr menjawabnya..masyaAllah..ini menunjukkan kematangan beliau berfikir dan ketajaman minda yang sentiasa diasah dengan membuat kajian dan mengajar murid-murid tentang falsafah.. Bilalah mama nak capai pada tahap ini? Sungguh kerdil rasanya diri..
Ya Allah berikanlah keberkatan ilmu pada kami dan Engkau peliharalah Dr zaitul guru kami dunia dan akhirat dan berikan dia kesihatan yang baik sehingga dapat lagi dia lahirkan lagi hamba-hambaMu yang hebat.. Amin..
Ya Allah Engkau rahmatilah keluargaku yang telah banyak menyokongku.. suamiku yang bersusah payah menjagaku sewaktu sakit dan memberi sokongan penuh menuntut ilmu.. engkau permudahkanlah jalannya dalam segala urusannya,, dan anak-anakku yang bersabar dengan ujian ini engkau lapangkanlah dada mereka dan isikan dengan hikmahMu menjadikan mereka khalifahMu dibumi ini..


Sunday, July 29, 2012

Soya, sagu n kuskus

Semalam mama masak soya. Ingat nak minum air soya untuk berbuka. Dulu2 masa kat Sudan dan Kuantan pernah buat, ingat2 lupa cara buat. Setelah merendamnya dari pagi, dalam pukul 3 mama rasa masa kena rebuslah dulu 2-3 jam dalam slow cook baru empuk molek fikir mama. So itulah yang mama lakukan, tanpa melihat resipi dalam internet dulu sebab rasa confident je. Lepas tu dekat berbuka mama pun cuba tengok resipi sebab rasa nak buat taufu fa dan apa nak dibuat dengan hampasnya (okara). Owh tidak! Rupanya utk buat air kena mesin dulu. Takpelah mama nak cuba juga. Apa salahnya mesin dan rebus semula.. Itulah kesilapan mama.. Rupanya sebab itu orang mesin dulu. Bila dah rebus kemudian mesin, kacang jadi hancur tak boleh tapis buang dah. Semoga jadi pengajaran..Ini resipinya supaya kelak senang jadi panduan:

200g kcg soya
2 liter air

Kcg soya rendam semalaman atau memadai 4-5 jam sudah kembang
Mesin kcg yg kembang dan tapis, ambil airnya rebus, + gula + daun pandan

Hampas kacang soya (okara) boleh dibuat nugget bila + ayam atau falafil bila campur dgn kcg kuda atau boleh dibuat cekodok.

Boleh buat taufufa. Asingkan sedikit soya yang direbus + tepung jagung sebaik sahaja air soya menggelegak. kacau sedikit hingga rata kemudian tutup ditempat yang tahan panas/ suam (flask). Biar hingga ia berketul. Kemudian buat air gula kabung atau air gula, masukkan taufufa ke dalamnya hingga menyerap.

Fucuk ialah lemak/qishdah/ kerak yang timbul ketika air soya direbus. ambil dengan lidi dan jemur hingga kering.

Sagu
Sagu pula lain ceritanya. Rendam sekejap aje dah kembang. Utk resipi sagu kelapa:

2 cwn sagu
2cwn air
Kelapa parut 2 rm
Gula 5 sb
daun pandan

Buat air gula dulu dan letakkan daun pandan. Bila menggelegak buang daun dan masukkan sagu. Kacau rata diatas api yang kecil/ sederhana hingga sagu nampak berbiji dan bersinar. Bila semua sagu dah masak tutup api dan sejukkan seketika. Tuang ke dalam bekas/loyang dan sejukkan sepenuhnya. Potong. Gaul dengan kelapa yang bergaram sedikit.

Kuskus
Sebenarna kuskus seperti sagu gitu. Ia diperbuat daripada bji gandum. Sepatutnya bila direndam dalam air panas ia kembang dan boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis salad dan ayam/daging. Tapi mama buat hari tu tak jadi. So kena cuba lain kali nampaknya.

Friday, July 27, 2012

Jus, punch. lassie

Buah-buahan sangat sedap jika dibuat jus jika kena cara campurnya. Ini yang mama dah cuba atau bakal cuba:

1. Lassie strawberry
Bahan: yogurt asli, gula, strawberry = blend dengan ais

2. Susu Pisang
Bahan: Pisang 3, gula 5sb, susu 1 jug = blend dgn ais

3. Jus lemon barli
Bahan: Lemon, gula, barli (direbus) = blend

4. Jus carrot
Bahan: Carrot 2, susu, gula = blend

5. Jus durian vanilla
Bahan: Isi durian, aiskrim vanilla 2 scoop, susu pekat/cair = blend

6. Jus barli
Bahan: BArli direbus, dan sepertiga dimesin hancur. Campur dengan ais dan baki air barli.