Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Hidup mengutip pahala

Hidup ini bukan milik kita
Semuanya adalah pinjaman
Gunanya untuk mengutip pahala
Hasil tuaian kelak di hari pembalasan

Dijaga dengan baik dapat kebaikan
Penuh ingatan terhadap Pemiliknya
Ditunaikan segala hak dan tanggungan
Penuh kesyukuran dengan nikmat yang Esa

Diguna dengan cuai kelak disoal
Mendapat nikmat lupa daratan
Seolah-olah miliknya yang kekal
Dihari akhirat mendapat sesalan

Gunalah sementara ada
Kelak nanti akan dipulangkan
Dia mahu menguji kita
Apa mahu dibuat dengan pinjaman

Kalau ditarik pinjaman itu
Bukan bererti terhenti kasih
Terputus rahmat tiada berkat
Tapi itulah ujian, dosa dibersih
Memberi nilai tambah
Mengangkat darjat

Bilamana hambaNya bersabar
Merasai hidup penuh dengan pahala

Hanya redhaNya yang dikejar
Tiada lagi merasai derita
Biar apa pun yang dirasa
Tiada yang lebih membahagiakan
Lebih dari merasai dakapan Ilahi

Sunday, February 5, 2012

Puisi al-Fatihah

Oh Tuhan
Ku bersyukur padaMu ya Allah Tuhan sekalian alam
Dengan segala limpah kurniamu yang tidak terhingga
Memberi tanpa mengira balasan dan anugerah
Segala puji bagiMu ya Allah
Pemurahnya Mu Ya Allah
Pengasihnya MU ya Allah
Penyayangnya Mu ya Allah
Alangkah hebat dan berkuasanya Mu Ya Allah
Milik Engkaulah sekalian yang ada dilangit dan dibumi

Siapalah aku ni
Bagaikan setitis air dalam lautan
Bagaikan seekor semut yang kerdil
betapa hinanya, kerdilnya aku ini
betapa lemahnya dan tidak berdayanya aku ini
Mengharapkan pertolonganMu
Menagih simpatiMu
Mendambakan kasihMu
Mahu berpayung dibawah rahmatMu
Bantulah aku
Hanya padaMu
Tempatku meminta bantuan

Kuatkanlah aku
Suluhkanlah ku ke jalan yang engkau redhai
Jalan yang benar
Jalan yang engkau pandu
sebagaimana engkau pandu para kekasihMu
Para anbiya dan solihin
Bukannya jalan yang engkau murkai
Atau jalan yang sesat yang jauh dariMu
Lindungilah diri ini ya Allah


Thursday, November 24, 2011

Manis-manis

 Segala yang manis amat digemari
Tidak kira manusia, semut atau lain menikmati
Manisnya madu, dibawa lebah dari sumber asli
Memberi kekuatan dan kesihatan kepada diri
Manisnya gula diproses menjadi sebati
Di dalam badan membawa keburukan  sejati
Namun manisnya iman tiada terperi
Hanya dapat dirasa di alam syurgawi

Wednesday, September 28, 2011

Inilah dia penyelesaiannya

Belalah arnab, ayam dan itik,atau kucing
atau hadiahkanlah anakmu dengan seekor kambing
Bela dan belailah makhluk ini,
insyaAllah akan dicampakkan rahmat kasih-sayang daripadaNya
Dan lembutlah hatimu dan anakmu

Berbaktilah kepada tanah,
Beriadahlah di taman yang indah,
Berenang disungai atau dilautan,
Hargai alam dan Penciptanya,
InsyaAllah hatimu menjadi lembut..

Carilah anak yatim dan orang susah,
Tolonglah mereka sekadar terdaya
Bawalah anakmu bersama membantu
InsyaAllah akan lembutlah hati kita
Menghargai nikmat yang ada..

Inilah hiburan anjuran Islam
Bukan dengan hidangan filem
Tayangan yang ganas lagi brutal
Barat yang penuh lucah dan maksiat
Indon yang penuh cinta dan airmata
Melayu yang penuh hantu dan hilai tawa
Buat menghibur diri dan anak

Maka dengan hiburan palsu ini
Lenyaplah ilmu di dada
Sukarlah amalan dikerja
Masa menjadi sia-sia
Rugilah para muslim

Moga-moga kita menjadi mu'min sejati
Memperoleh kelembututan hati
Yang apabila disebut nama Allah
maka gementarlah hati kita
dan apabila dibacakan ayatNya
maka bertambahlah keimanan..

Sunday, May 15, 2011

Tafakur

Tafakur

Penemuan terbaru menunjukkan bahawa bertafakur (tafakur) berkait rapat dengan penambahan MELATONIN hormon yang dapat mencegah & merawat kanser

IMAM IBNU QAYYIM

Barang siapa yang diberi makanan berupa zikir serta bersih dari penyakit duniwi dan diberi minuman berupa TAFAKUR, nescaya dia akan memperolehi pelbagai hikmah.

http://meditasi-islam.tripod.com/id12.html

Sunday, February 6, 2011

MASA UNTUK ALLAH

Manusia sering leka
Manusia diberikan nikmat masa
Masa yang sepatutnya untuk Yang Maha Esa
Untuk memuji kebesaranNya,
Untuk tunduk patuh beribadah padaNya,
Untuk meneliti al-Quran hikmahNya,
Untuk beramal sebanyaknya sebelum menemuiNya
Juga untuk berbuat kebaikan sesama manusia

Namun manusia leka,
Masa digunakan untuk dunia sementara,
Untuk memenuhi perut yang lapar sentiasa,
Untuk memenuhi nafsu keinginan semata,
Untuk berlumba sesama manusia,
Untuk berhibur mencari ketenangan dunia,
Maka berlalulah hari, masa dan ketika,
Tanpa mendapat apa-apa..

Masa untuk Allah,
jangan dibiarkan berlalu tanpa ASTAGHFIRULLAH
Pastikan ia sempurna dengan SUBHANALLAH
Syukurilah nikmatNya dengan ALHAMDULILLAH
Agungkan Ia dengan ALLAHU AKBAR.

Friday, September 3, 2010

UJIAN ALLAH

Ujian kesakitan itu nikmat daripada Allah buat hambaNya. Oleh itu ambillah kesempatan itu meraih sebanyak -banyak pahala iaitu dengan banyak bersabar dan menerimanya dengan lapang, tidak keluh-kesah dan bersyukur dengan "kurniaan" ini.


"الصبر هو الثبات مع الله وتلقى بلائه بالرحب "

Wednesday, October 14, 2009

Menjadi pak turut

Pada 30 September lepas, pusat bahasa mengadakan jamuan perpisahan dengan Pengarah yang tamat tempoh menjadi pengarah PBM. Jamuan juga diadakan sempena hari raya dan menyambut kelahiran para staf dari Mei hingga Okt.

Sekadar renungan, kek harijadi disediakan dan para staf meniup lilin diatas kek yang ada lima batang. Kenapa sebenarnya setiap majlis harijadi perlu ada kek dan di tiup lilin. Simbol ini sebenarnya mengikut adat kepercayaan orang Inggeris. Kenapa kita perlu mengikut adat ini? Adakah kita ini hanya pak turut? Unsur penjajahan perlu dihapuskan daripada minda orang-orang yang merdeka.

Sambutan boleh kita adakan dan perlu mengikut garis panduan Islam. Islam ketika menyuruh umatnya menyambut perayaan seperti hari raya dan lain-lain, sentiasa mengajar kita memperbanyakkan ucapan memebesarkan Ilahi dan kesyukuran kepadanya.

Oleh itu ketika menyambut kelahiran anak cuba kita ubah dengan mengajarnya ucapan tauhid dan memahamkan unsur-unsur Islamik kepada mereka kerana merekalah generasi akan datang yang akan mewarisi adat ini.