Monday, July 6, 2009

emosi terbalik


"Yin nak milo mama."
Mama tengah mengemas ni, yin bancuhlah sendiri ya.
Yin tak nak. Nak mama buat.
Ok. Kalau nak mama buat kena tunggu hingga mama selesai dulu mengemas, baru boleh buat. Nisreen senyap seketika.
"Mama, Yin nak milo. "
Tiba-tiba, abang Muaz bersuara: Pergila buat sendiri. Dah lapan tahun boleh lah buat sendiri. Jangan kacau mama. Pergi buat.
Abang Muaz memamg cukup serabut bila selalu mendengar Nisreen merengek-rengek dengan mama. Abang Muaz kata yin manja sangat...

Inilah fenomena yang selalu berlaku dirumah. Ia merupakan permulaan kepada pergaduhan antara adik-beradik yang mana akan berakhir dengan tangisan Nisreen dan rajukan abang yang akhirnya akan dimarahi oleh mama dan abah. Apakah penyelesaiannya?

Apakah sebenarnya sikap ibu bapa yang menjadikan seorang anak tidak dapat berdikari atau dikatakan sebagai manja? Ibu bapa pada peringkat permulaannya menganggap anaknya masih kecil untuk melakukan sesuatu keperluan atau tugasan untuk dirinya sendiri seperti mengemas, membasuh pinggan, baju dan kasut serta lain-lain. Namun sekiranya ibu bapa asyik melakukan tugasan tersebut, anak akan menganggap ia sebahagian dari tugas ibu bapa yang tidak perlu mereka lakukan. Inilah kesan besar kepada anak. Anak sepatutnya diajar berdikari sejak dari kecilkerana mereka boleh melakukannya dengan cara tersendiri dan kemudian ibu bapa boleh menolong mereka melengkapkannya.

Bagaimana pula sekiranya mereka sudah terbiasa dengan tidak melakukan tugasan tersebut sehingga mereka dewasa? Adakah sudah terlambat untuk membentuk mereka? Ini sebenarnya boleh dilakukan dengan secara beransur-ansur dan memerlukan kesabaran. Kebiasaan baik amat sukar untuk dibentuk tetapi lama-kelamaan mungkin akan berhasil.
Mereka perlu diberi kepercayaan supaya dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sudah tentu bimbingan yang tidak putus-putus ini menjadi pemangkin bagi mereka.

Baru-baru ini terbaca dalam Mingguan Wanita Mei 2009, mengatakan keadaan anak yang selalu membantah dan mempunyai pendirian tersendiri ini dikatakan sebagai emosi terbalik. Dalam diri mereka menganggap mereka berada ditempat yang benar dan masyarakat tidak memahami mereka sebenarnya. Mereka perlu diberi bantuan dengan cara menunjukkan sikap yang positif dan banyakkan berdoa supaya mereka dapat mengatasi masalah ini. Wa'Llahu a'lam.

untuk maklumat lanjut, layari http://www.minda-supersedar.com
http://meditasi-islam.tripod.com

Friday, May 22, 2009

Selamat hari jadi

Bulan Mei ini birthday berturut-turut. Di mulai dengan kelahiran anak Jedah (Ilham) pada 16 Mei, seterusnya hari jadi Abah, kemudian hari ni mama pula menyambut kali ke ke 37 tahun. Pada mulanya mama ingin menjamu roti jala, tetapi ada pula permintaan nak makan Mee kari di Medan Selera. So, mama ikutlah. Entah kenapa mama bad mood je hari ni. Mulanya mama berkejar nak siapkan artikel abah untuk dihantar pada DS, ingatkan tengah hari dapatlah pergi belanja semua, telefon abah, abah kena beri khutbah pula, mana sempat... Takpelah mama tanya boleh ke kita pergi lepas solat Jumaat, abah kata boleh. Bila abah sampai balik jam dua, tengok semua tidur, dengan mama sekali tido.. lepas tu abah kata tak sempat dah, abah ada mesyuarat kul 3, budak-budak nak gi sekolah agama lagi. Lastnye, mama masak mee sup tomato je, no speciality for today. Mama sedih gak, tapi mama terfikir sebenarnya, apa yang kita nak sambut sebenarnya? Apa yang kita nak ingati sempena hari ni? Apakah kita patut nanti orang nak bagi hadiah (mama sebenarnya ingat abah nak beli henfon baru kat mama..) atau kita yang patut bagi hadiah? Ini membawa mama kepada suatu rumusan bahawa sebenarnya hari kelahiran kita sepatutnya IBU KITA lah yang patut kita hargai dan kalau nak bagi hadiah pun, bagi untuk ibu kita atau paling kurang berdoalah untuk kebaikannya. IBU KITA yang melahirkan kita dengan susah-payah pada hari kelahiran kita sebenarnya sepatutnya diraikan. Oleh itu, seorang IBU itu patut dirayakan pada setiap hari kelahiran anaknya. Sekiranya sepuluh orang anak, sepuluh kalilah dia diraikan , bukannya sehari dihari ibu pada 10 Mei...

Sunday, May 17, 2009

Ibi 5 tahun

27 FEB 09

Jari (Dari) ulat jadi kepompong

Tidur lena dalam gelongsor (kelongsong)

Cukup masa kelongsong pecah..Pom

Jadi rama-rama yang indah

Rama-rama terbang merata

Cukup cantik areka (aneka) warna

Hisap madu dipohon bunga

Tapi sayang hidup tak lama

Sayang ibu dan sayang bapa

Sayang juga sayang saudara

Hidup ini tak kekal lama

Akhirat juga tempat tumpuannya.

28 FEB 09

Ibi bangun awal dan dapat hadiah seluar slack 2 helai, baju moon dan alat mainan doktor. Ibi nak makan kek. Mama buat kek.

Semua buat kek... tolong kacau dan mesin kek strawberi siap.. Bakar punya bakar, tengok naik mulanya, lepas sejuk sikit mula turun. Hias dengan kek coklat putih. Petang panggil kawan-kawan Ibi makan. Kakak Syafiqah datang dengan adik Nazmi, Shifa datang dengan semua adik-adik. Haikal dan Jihadi pun datang. Last sekali, Ibi gi turut Syaima’ dan abang Mus’ab, anak Ustaz Anhar Opir. Ibi seronok main dengan Musa’ab dan Syaima’. Semua dapat belon, dan Apollo strawbweri.

Malam Ibi letih. Maghrib dah ngantuk. Sebelum tidur Ibi nyanyi:

Mana jari ibu, mana jari ibu,

Di sini, disini.

Aper khabar awak, aper khabar awak?

Saya sehat, Saya sehat.

Mana jari telunjuk, mana jari telunjuk?

Di sini, disini.

Aper khabar awak, aper khabar awak?

Saya sehat, Saya sehat.

Mana jari tengah, mana jari tengah,

Di sini, disini.

Aper khabar awak, aper khabar awak?

Saya sehat, Saya sehat.

Mana jari manis, mana jari manis,

Di sini, disini.

Aper khabar awak, aper khabar awak?

Saya sehat, Saya sehat.

Mana jari kelingking, mana jari kelingking

Di sini, disini.

Aper khabar awak, aper khabar awak?

Saya sehat, Saya sehat.