Makanan berbisa dan berangin kepada Mama
-apabila badan bermasalah, sakit dan tidak dapat berfungsi dengan baik maka jadilah ia racun dan toksik kepada badan.
-mungkin ia terlalu banyak asid, ia tidak dapat dineutralkan..
-atau mungkin juga enzim untuk mencernakan tidak mencukupi atau memadai..
-atau mungkin ketidakseimbangan suhu badan dan angin dalam badan..
- atau mungkin juga cuaca yang sejuk, tempat itu tidak sesuai dengan makanan tertentu..
- atau badan ketika itu telah menerima makanan lain yang bertentangan dengan sifat makanan baru dimakan..
- atau perut terlalu kenyang..
- atau makan terlalu gopoh dengan menyumbatnya atau sambil berdiri.
Solusinya sekiranya kita telah mengetahui atau telah diberitahu mengenai keadaan sesetengah makanan yang tidak sesuai (melalui pengalaman orang tua) lebih baiklah kita mengelak atau hanya mengambil dengan kuantiti yang sedikit, dan dikunyah dengan perlahan dan hancur lumat sebelum ditelan. Sekiranya degil atau ingin juga mencuba, maka tanggunglah kesakitannya..
Kesakitan yang pernah mama rasai akibat salah makan ketika sakit ini tidaklah dapat digambarkan. Terasa seperti ada sesuatu di dada yang bergelombang, lenguh-lenguh badan dan tangan. Ini akibat angin yang tidak lepas akibat makan pisang goreng sebanyak 5 biji.
Antara yang Mama ketahui tidak sesuai dengan Mama ialah:
- pisang kebatu/ cematu (paling berbisa), pisang emas dan tanduk
-nangka dan cempedak
-sengkuang
-kacang botol
-keropok ubi dan keropok ikan (ada kanji)
