Wednesday, January 27, 2010

Lagu Pasti Ibi

Januari 2010 Ibtisam

Gajah hidung panjang
Badan hitam besar
Kaki bagai tiang
Dua telinga lebar
Telinga macam kipas
Jalan bongkok-bongkok
Gajah tidak malas
Kuat tolak pokok..BUM!

Gajah sangat besar
Tapi takut tikus
Allah Maha besar
Lagi Maha Kudus


Bangun 6 pagi, mesti kita bangun
Bangun gosok gigi, mandi dan solat subuh
Cium tangan ibu, cium tangan ayah
Terus ambil buku, pergi sekolah
Jalan tepi-tepi, jalan lekas-lekas, sampai awal pagi cucikan kelas,
Rajin baca buku, rajin mengira,
Ikut cakap cikgu
InsyaAllah berjaya!

Saturday, November 7, 2009

kanak-kanak pintar

16.4.07

Kanak-kanak Melayu-Irish tujuh tahun lulus Kimia O-Level

<== Ainan Celeste Cawley
SINGAPURA 15 April – Pada Januari lalu, Ainan Celeste Cawley, 7, menduduki peperiksaan mata pelajaran Kimia peringkat O-Level sebagai calon persendirian dan mengejutkan empat remaja yang mengambil peperiksaan itu bersamanya.

Keputusan empat calon lain itu tidak diketahui, namun Ainan baru-baru ini mendapat tahu yang dia lulus dalam peperiksaan tersebut.

Ainan yang berdarah Melayu-Irish dipercayai satu-satunya kanak-kanak yang memiliki kebolehan luar biasa ini, pelajar kimia cemerlang paling muda yang pernah direkodkan.

Ibunya, Syahidah Osman Cawley berkata, anak lelaki sulung kepada tiga beradik itu langsung tidak menyentuh buku teks O-Level sehingga 18 Julai lalu.

‘‘Ainan menduduki peperiksaan mata pelajaran Kimia O-Level pada 18 Januari lalu iaitu enam bulan kemudian di British Council sebagai calon persendirian,’’ katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Syahidah berkata, sejak kecil, Ainan - cucu kepada Sabariah Abdul Wahab, 50, dari Parit Yaani, Johor - akan mencari buku-buku sains di perpustakaan, jelas menunjukkan minatnya pada buku-buku tebal, yang penuh dengan gambar-gambar mengenai sains kimia kompleks.

‘‘Semua ini akan direnungi dan difahaminya terlebih dahulu sebelum dia membuat komen mengenainya kemudian,’’ katanya.

Bapa Ainan, Valentine Muhammad Cawley, 39, bekas ahli fizik, bagaimanapun tidak terkejut dengan minat Ainan terhadap sains itu.

“Ainan suka membaca buku sains dan selepas membacanya, dia menggunakan Internet untuk melakukan penyelidikan lebih lanjut,’’ kata Cawley yang merupakan Ketua Jabatan Bahasa Inggeris di Linguaphone Education, Singapura.

Semasa berumur tiga tahun, Ainan meminati bentuk-bentuk hyper-dimensional dan kemudiannya berkembang kepada minat terhadap struktur molekul semasa dia diperkenalkan kepada bidang kimia di Internet.

‘‘Dia hanya diberi buku pengajian kimia pada usia enam tahun untuk dibaca. Dia terus duduk, membaca teks itu dan memberitahu yang dia faham kandungannya,’’ kata Syahidah.

Cawley berkata, langkah selanjutnya buat Ainan ialah membuat persiapan menghadapi peperiksaan peringkat A-Level tahun ini.

Perkembangan kemajuan Ainan, serta dua saudaranya - Fintan, 3, dan Tiarnan, 15 bulan, - kini direkodkan dalam blog http://www.scientific-child-prodigy.blogspot.com. – Bernama

Wednesday, October 14, 2009

Menjadi pak turut

Pada 30 September lepas, pusat bahasa mengadakan jamuan perpisahan dengan Pengarah yang tamat tempoh menjadi pengarah PBM. Jamuan juga diadakan sempena hari raya dan menyambut kelahiran para staf dari Mei hingga Okt.

Sekadar renungan, kek harijadi disediakan dan para staf meniup lilin diatas kek yang ada lima batang. Kenapa sebenarnya setiap majlis harijadi perlu ada kek dan di tiup lilin. Simbol ini sebenarnya mengikut adat kepercayaan orang Inggeris. Kenapa kita perlu mengikut adat ini? Adakah kita ini hanya pak turut? Unsur penjajahan perlu dihapuskan daripada minda orang-orang yang merdeka.

Sambutan boleh kita adakan dan perlu mengikut garis panduan Islam. Islam ketika menyuruh umatnya menyambut perayaan seperti hari raya dan lain-lain, sentiasa mengajar kita memperbanyakkan ucapan memebesarkan Ilahi dan kesyukuran kepadanya.

Oleh itu ketika menyambut kelahiran anak cuba kita ubah dengan mengajarnya ucapan tauhid dan memahamkan unsur-unsur Islamik kepada mereka kerana merekalah generasi akan datang yang akan mewarisi adat ini.