Friday, May 22, 2009

Selamat hari jadi

Bulan Mei ini birthday berturut-turut. Di mulai dengan kelahiran anak Jedah (Ilham) pada 16 Mei, seterusnya hari jadi Abah, kemudian hari ni mama pula menyambut kali ke ke 37 tahun. Pada mulanya mama ingin menjamu roti jala, tetapi ada pula permintaan nak makan Mee kari di Medan Selera. So, mama ikutlah. Entah kenapa mama bad mood je hari ni. Mulanya mama berkejar nak siapkan artikel abah untuk dihantar pada DS, ingatkan tengah hari dapatlah pergi belanja semua, telefon abah, abah kena beri khutbah pula, mana sempat... Takpelah mama tanya boleh ke kita pergi lepas solat Jumaat, abah kata boleh. Bila abah sampai balik jam dua, tengok semua tidur, dengan mama sekali tido.. lepas tu abah kata tak sempat dah, abah ada mesyuarat kul 3, budak-budak nak gi sekolah agama lagi. Lastnye, mama masak mee sup tomato je, no speciality for today. Mama sedih gak, tapi mama terfikir sebenarnya, apa yang kita nak sambut sebenarnya? Apa yang kita nak ingati sempena hari ni? Apakah kita patut nanti orang nak bagi hadiah (mama sebenarnya ingat abah nak beli henfon baru kat mama..) atau kita yang patut bagi hadiah? Ini membawa mama kepada suatu rumusan bahawa sebenarnya hari kelahiran kita sepatutnya IBU KITA lah yang patut kita hargai dan kalau nak bagi hadiah pun, bagi untuk ibu kita atau paling kurang berdoalah untuk kebaikannya. IBU KITA yang melahirkan kita dengan susah-payah pada hari kelahiran kita sebenarnya sepatutnya diraikan. Oleh itu, seorang IBU itu patut dirayakan pada setiap hari kelahiran anaknya. Sekiranya sepuluh orang anak, sepuluh kalilah dia diraikan , bukannya sehari dihari ibu pada 10 Mei...