Thursday, November 17, 2011

Allah SWT tidak mengizinkan..


Hari ni keputusan UPSR diumumkan. Farha anak kebanggaan Mama tidak pernah mengecewakan. Keputusan peperiksaan Farha sentiasa dapat "the best". Mama bersyukur dengan anugerah Allah yang menyenangkan hati Mama..Walaupun demikian dalam peperiksaan besar ini, Allah SWT tidak mengizinkan Farha mendapat sebagaimana yang dicitakan dan sebagaimana telahan semua orang. Tiada apa yang boleh diucapkan kecuali segala puji bagi Allah yang telah menetapkan keputusannya 4A 1B kerana hikmahnya lebih jauh daripada kecemerlangan di hari ini.

Inilah madrasah kehidupan yang mengajar manusia erti dan makna kehidupan hari ini dan esok. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil wahai buah hati kesayangan Mama. Tak usahlah kecewa. Jadikan ia pendorong untuk berjaya di masa hadapan. Allah SWT menyayangimu dan mahu anakanda kembali padaNya. Muhasabahlah diri dan ambillah iktibar. Cucilah hati sebersih-bersihnya daripada sifat buruk seperti marah, dendam, dengki.. Sebaliknya hiasilah diri dengan sifat sabar, tekun dan bersungguh-sungguh. Orang yang berjaya tidak berjaya sehari. Diri mereka tidak pernah mengenal erti cuak dan jemu terhadap sebarang ilmu. Mereka gigih dan tidak mengenal letih dan bosan. Hiburan mereka ialah zikrullah dan mereka tidak tertarik dengan hiburan sementara yang melalaikan. Selamat berjaya Mama doakan.

p/s: tahun 2011 seramai 46,012 pelajar seluruh Malaysia mendapat 5A. Di tanjong Malim sahaja 22 orang dari SKTM, 5 dari Methodist dan 1 dari SKPC..Sementara 4A 1B, 8 orang dari SKPC dan 20 orang dari SKTM..