Wednesday, March 23, 2011

Ubat-ubatan untuk ketumbuhan dan kanser

" Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada penawarnya."
" Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturun bersamanya ubat baginya."

Oleh itu setiap yang ditimpa penyakit perlu berusaha mencari rawatan yang sesuai dengan penyakitnya itu.

Antara rawatan yang diambil untuk ketumbuhan saraf tunjang ini ialah TF, herba Syifa',makanan ruhani denagn pembacaan ayat al-Quran, air dan minyak zaiton, HPA Shark Cartilage, Ubat sapu Jerslin, B17 Apricot Seed, Bromelain, Amigdalyn, Cream Aprikot dan DMSA.

Minggu pertama pengambilan TF Advance Plus ambil dengan dos yang tinggi iaitu 10 biji setiap 3 kali sehari, 5 biji TF Adv setiap 3 kali sehari dan Belle Vie 2 biji 2 kali sehari. Dos dikurangkan kepada separuh bermula minggu kedua.

Setelah sebulan mula mencuba herba Syifa'. Terdapat 2 bungkus yang dibekalkan dan perlu dihabiskan dalam tempoh 24 hari, iaitu 12 hari untuk setiap bungkus akar kayu kenok ini.
Aturannya ialah:
- Pada mulanya rebus dengan api perlahan sebungkus herba ini dengan segelas air doa dicampur dengan 8 gelas air biasa sehingga menjadi 6 gelas. Air ditapis dan dimasukkan dalam termos. Minum 3 kali sehari sebanyak setengah gelas setiap kali.
1+8= 9 ---6
1/2 + 1/2 + 1/2 = 1 1/2 gelas sehari
6 gelas = 4 hari
Herba yang ditapis dijemur hingga kering.

-Setelah 4 hari, rebus semula herba 1+8 gelas hingga menjadi 5 gelas.
Minum setengah gelas dua kali sehari.
1+8 = 9 ---5
1/2 + 1/2 = 1 gelas sehari
5 gelas = 5 hari
Herba yang ditapis dijemur semula.

- Setelah 5 hari, rebus semula 1=8 gelas hingga menjadi 3 gelas.
Minum setengah gelas dua kali sehari.
1+8 = 9 ---3
1/2 + 1/2 = 1 gelas sehari
3 gelas = 3 hari.

Selesai sebungkus 4+5+3 = 12 hari. Kemudian buat yang sama pada bungkus yang kedua.

Namun setelah selesai bungkus yang pertama selama 12 hari dan 4 hari bungkus kedua, badan menjadi begitu panas dan selalu krem. Oleh itu herba ini hanya diamalkan sepenuhnya hanya selama 16 hari sahaja dan tidak mampu meneruskannya kerana tidak tahan.

Herba memang sangat panas dan terasa panas dalam badan. Oleh itu ia perlu diimbangkan dengan meminum air yang banyak, iaitu melebihi 2 liter sehari.. Ini kesilapan semasa amalan ini yang dilakukan dan memberi kesan pada tubuh.

Setelah hampir dua bulan menggunakan ubat Transfer Factor (TF), kesannya jelas untuk imuniti tubuh. Tubuh dapat melawan kuman dan toksid yang cuba memasuki tubuh dan dapat menghindari dari terkena jangkitan kuman dan penyakit lain.

Semasa badan terasa panas terutamanya pada kaki kanan, akibat minum herba dan kekurangan air, badan yang lemah ini mempunyai imuniti tubuh yang kuat yang mampu menghindari penyakit lain berkat rahmat Ilahi yang mengasihani hambaNya ini.

Setiap kali terasa badan lemah dan sakit, rawatan akupuntur dengan Tuancik dan Kak Nafisah di PKNS Shah Alam banyak memberi kelegaan. Setakat ini lebih 7 kali berulang-alik ke sana.

Kemudian terbaca tentang B17, yang merupakan biji aprikot yang mampu menyerang ketumbuhan dan kanser dengan lebih berkesan.

En Rifaie mencadangkan supaya mengambil B17 Aprikot seed setiap 4 jam atau 4 kali sehari.
Selain itu ambil juga Bromelain (nenas) 3 kali sehari semasa perut lapar. Selepas setengah jam ambil pula Amigdalyn, juga 3 kali sehari. Untuk memberi kesan yang lebih baik sapu krim B17 3 kali sehari dengan putik kapas yang diikuti selepas 5 minit dengan Krim DMSO Dr.Jacob. Krim ini boleh memangkin B17 mencari ketumbuhan dan kanser didalam tubuh. Krim ini disapu ditempat sakit iaitu sepanjang saraf tunjang.

Harapnya usaha ini diberkati Allah dan diturunkan rahmat yang merupakan penyembuhan bagi penyakit ini. Amin Allah yashfini..