Sunday, March 14, 2010

Allah bersamaku..

Tatkala Sahl bin Abdullah Tutsari berusia 3 tahun, beliau tersedar dari tidur dan melihat bapa saudaranya sedang solat malam. Bila melihatkan anak kecil ini Muhammad bin Siwar mengajarkannya :
الله معي الله ناظر إلي الله شاهد عليّ

Katakanlah ya Sahl sewaktu kamu ingin tidur: Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah saksiku sebanyak 3 kali. Sahl mengikut apa yang diajar oleh bapa saudaranya. Setelah itu dia mengulang sebanyak 7 kali pula. Sehinggalah kata-kata itu meresap ke dalam jiwanya dan merasai kemanisan iman dia mengulangnya sebanyak 11 kali dan terus mengamalkannya hingga dia meninggal. Diriwayatkan Sahl seorang yang cukup teliti dalam amal perbuatannya kerana sentiasa menyedari Allah sentiasa bersamanya dan memerhatikannya setiap masa...