Thursday, May 5, 2011

stok sayur

If you'd like to make homemade vegetable broth, here's a recipe:

Ingredients

* 1 large carrot (scrubbed and cut into ½ inch slices)
* 2 large celery stalks (cut into ½ inch slices)
* 1 medium yellow onion (cut into large pieces)
* 2 large bay leaves
* 10 sprigs fresh parsley (left whole)
* 8 cups of filtered water

Optional ingredients: 4-5 cloves garlic (that have been pressed with the flat side of a knife), ½ tsp sea salt, ½ cup tomato sauce (for tangy broth), any stems you have left over from cooking vegetables (e.g., kale, collards, chard, etc.)

Directions

* Place vegetables, herbs, and any optional ingredients in a large stockpot filled with cold water.
* Cover pot and bring to a boil. It's important to cover the vegetables with water before heating, so that the nutrients from the vegetables will go into the water.
* When broth boils, reduce heat to low and continue cooking, covered, for 45 minutes to 1 hour. It's important to keep the pot covered during this time so the broth won't evaporate.
* Once it's cooled, strain the broth, and place broth in an airtight container, storing it in either the refrigerator (where it will keep for several days) or freezer (where it will keep for several months). Discard the cooked vegetables and other remaining ingredients.

If you want to make chicken broth, add two to three pounds of chicken (cut up into serving pieces) at the beginning of the recipe. Increase the cooking time to two hours.

http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=dailytip&dbid=151

Memuliakan diri dengan memuliakan orang lain

Mulia ialah satu daripada sifat Allah SWT iaitu "Majid". Mulia bererti mempunyai ketinggian, keluhuran dan segala yang terpuji. Allah SWT yang Maha Mulia telah memuliakan bani Adam atas sekalian makhluknya yang lain dengan penganugerahan akal. Dengan akal manusia mampu membezakan antara yang benar dengan yang salah, lalu apabila manusia memilih kebenaran jadilah ia seorang yang mulia disisi Allah.

Manusia yang mulia menyedari akan tanggungjawabnya kepada Penciptanya, menyedari haknya terhadap orang lain dan hak orang lain terhadapnya. Dia mempunyai iman yang tinggi kepada Allah SWT, menyedari dia sentiasa diperhati dan diawasi pada setiap detik. Dia menjalankan tanggungjawabnya sesempurna yang mungkin. Dia berbuat baik kepada sesama makhluk tidak kira manusia atau makhluk Allah yang lain jua tanpa mengharapkan balasan kecuali daripada Allah SWT penciptanya. Inilah sebagaimana yang dicontohkan oleh baginda Rasulullah SAW. Budipekertinya yang mulia terasuh dan terdidik daripada Allah SWT untuk menjadi contoh teladan manusia.

Jika diselusuri sejarah baginda, baginda bukanlah daripada orang yang kaya harta benda atau tinggal dalam istana yang penuh dengan pelbagai nikmat untuk menjadi seorang yang mulia. Bahkan baginda hanya anak yatim piatu yang miskin. Namun baginda tidaklah miskin piatu yang hina yang meminta-minta dicukupkan keperluan kerana beliau telah dimuliakan Allah SWT dengan memberikan baginda sebaik-baik perlindungan dan diberi petunjuk kepada sebaik-baik jalan yang benar. Ini terungkap di dalam al-Quran, Surah al-Dhuha: yang bermaksud: Tidak kah Tuhan kamu mendapatimu yatim lalu Ia berikan perlindungan dan Ia mendati mu dalam kesesatan lalu Ia berikan petunjuk, dan Ia mendapatimu berkeperluan lalu ia anugerahkan kekayaan.

Keperibadian ini mesti dicontohi umat Muhammad yang lain untuk menjadi seorang yang mulia. Mulianya seseorang itu tidak terletak pada pangkat atau darjat sebagai seorang raja, panglima, ketua dan sebagainya. Juga tidak terletak pada kekayaan material seperti mempunyai tanah, ternakan, kenderaan atau binaan yang besar. Juga tidak terletak pada tingginya ilmunya dan kepandaiannya. JIka pangkat, harta dan ilmu yang serba ada itu tidak disertakan ketakwaan kepada Allah SWT tidaklah ia mulia disisi ALLAH SWT. Sebaliknya seorang yang miskin, tidak punyai apa-apa selain Allah SWT boleh menjadi mulia dengan imanNya itu yang menghalangnya dari melakukan kekejian.

Oleh itu, tinggilah darjat kita disisi Allah SWT dengan memuliakan diri kita sendiri. Iaitu dengan memilih akhirat sebagai tempat tujuan utama dengan tidak melupakan tugas kita sebagai khalifah Allah dimukabumi ini. Jika kita diberikan nikmat yang lebih maka berkongsilah dengan yang memerlukan dengan penuh keikhlasan tanpa menghinanya.

Di dalam Surah al-Dhuha juaga Allah SWT mengajar kita supaya sentiasa berbuat baik kepada golongan yang lemah seperti anak yatim dan orang miskin. Golongan ini tidak boleh diperlakukan dengan zalim atau diherdik. Manakala bagi yang dianugerahkan nikmat hendaklah disebarkan dan tidak hanya menyembunyikan untuk dirinya sahaja.

Muliakanlah golongan yang disebut dalam Quran dan Hadis untuk dimuliakan iaitu ibubapa, jiran, tetamu, guru dan orang-orang yang soleh. Semoga dengan memuliakan golongan-golongan ini kita akan dimuliakan.

Sekiranya kita berkeperluan, tingkatkan lagi ketakwaan terhadap Allah SWT insya Allah kita akan dimuliakanNYA. Cukuplah Allah SWT sebagai penolong, dan tidak perlulah begitu mengharapkan belas ihsan daripada manusia lain. Ini kerana bila kita terlalu mengharapkan bantuan manusia kita akan cepat kecewa bila tidak mendapat apa yang dihajati, tetapi bila mengharapkan dari Allah SWT DIa maha luas pemberiannya.

Sayyidatina Aisyah rh diriwayatkan telah didatangi dua orang yang miskin. Seorang berpakaian agak elok, lalu diberikan sebiji kurma, manakala seorang lagi yang berpakaian compang-camping diberikan setengah biji kurma. Itulah yang ada dirumahnya. Apa hikmat perbuatan ini? Adakah berlaku ketidakadilan? Sebenarnya tidak. Peristiwa ini menggambarkan bahawa orang yang memuliakan dirinya berhak diberi lebih berdasarkan kedudukannya berbanding yang lain. Begitulah manusia di mata Allah SWT. Seorang yang mulia zahir dan batin tentu akan mendapat ganjaran yang banyak berbanding yang berlagak mulia tetapi hatinya penuh dihinggapi dengan keegoan, kesombongan dan berbagai lagi penyakit lain.

Semoga kita mengambil iktibar..