Sunday, July 31, 2011

Resepi maqlubah Dr. Esmatt

Selalu Mama buat resepi Maqlubah Hajjah yang ada dalam buku resepi tu, tapi selepas Dr. Essmat datang buat maglubah hari tu, rasa mudah sikit resepi dia.

Maqlubah Dr. Essmat

Bahan Utama

Bawang besar (6 +)lagi banyak lagi best, mayang sederhana halus
bawang putih (setengah labu)
2 rempah utama (kayu manis dan lada hitam serbuk)
rempah biji limau (habbal hel), halia
sayuran utk digoreng (bunga kobis, potato, carot, terung) pilih satu atau dua atau semuanya
sayuran salatah (timun, tomato, laimun)
Ayam
roti, beras basmati
Kekacang (utk hiasan)

Sup
Rebus ayam
Selepas setengah jam, masukkan hirisan bawang dengan semua rempah dan garam bukit.
biar menggelegak seketika. tutup api, keluarkan ayam.

Ayam
Bawang mayang digoreng garing dan masukkan ke dalam loyang dengan sedikit minyaknya. Letakkan ayam rebusan tadi diatas lapisan bawang goreng.
Lumurkan ayan dengan 2 rempah utama hingga rata.
campurkan juga dengan sebahagian potato yang digoreng.
Atur selang seli.
Bakar dalam oven 20 min dengan suhu 180-220 C. atau hingga nampak sedikit hitam.

Nasi
Beras dibasuh dan direndam sekejap kemudian tos kering.
campurkan 2 rempah utama.
Masukkan sedikit kedalam periuk.
Masukkan sayuran yang digoreng. Atur selang seli beras dan sayur.
Masukkan air sup ayam tadi mengikut sukatan sesuai.
Taburkan sedikit garam.

Salatah
Potong sayuran bentuk kiub.
Perah air limau.
Sedikit garam

Hidang kan dengan yogurt.

Semua anak Mamasuka maqlubah dan ia menjadi hidangan tetamu jemputan bulan Ramadan..

Friday, July 1, 2011

Doa minta kesembuhan

اللهم رب الناس اذهب البأس اشف أنت الشافي لا شفاء إلا شفاؤك شفاء لا يغادر سقماً .
(متفق عليه)
Ertinya:
"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkan rasa sakit ini, sembuhkanlah dan Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripadaMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit".
* baca 7 kali.
"الصبر هو الثبات مع الله وتلقى بلائه بالرحب "