Saturday, May 7, 2011

Masalah perut

http://kamarulhelmi.blogspot.com/2011/04/berangin-betul-makanan-ni.html

Kita mungkin selalu dengar, orang-orang tua la terutamanya,mengklasifikasikan makanan kepada makanan panas dan makanan sejuk..Apakah yang dimaksudkan mereka?



Syeikh Hakim Moinuddin Chishti dalam Kitab Perubatan Ilmu Kesufian (al-Tibb al-Rauhi as-Sufi) memberikan huraian yang agak panjang lebar dalam hal ni.


"Apabila kita kata makanan itu panas, bukanlah bermaksud makanan itu benar-benar panas (misalnya seperti api) dan tidak juga berkaitan nilai kalorinya.

Kita maksudkan dengan makanan panas itu ialah makanan yang menimbulkan kesan dalam badan kita yang menggalakkan metabolisma (iaitu proses dimana makanan dibina menjadi jirim hidup atau jirim hidup dihuraikan menjadi bahan-bahan mudah).

Makanan yang sejuk intipatinya memberi kesan merendahkan metabolisma" - ms 52



Jenis-jenis makanan yang panas:


Daging dan ikan: anak biri-biri, ayam, hati, telur, kambing jantan dan ikan

Bahan-bahan tenusu: susu biri-biri, keju, krim, minyak sapi

Sayur-sayuran dan kacang: 'beet' (sejenis tumbuhan yang manis akarnya), lobak, bawang, biji sawi (hijau), tumbuhan kekacang (merah) dan (putih), kacang buah pinggang (kidney beans), lada merah, lada hijau, biji lobak merah, labu.

Buah-buahan: biji 'peach', buah plum, oren, limau, buah 'mulberry', kismis merah, kismis hijau, zaitun, anggur masak, labu, semua buah-buahan kering.

Biji-bijian: badam, 'pistachio', biji keras buah apricot, 'walnut', biji buah 'pine'

Padi-padian: beras (biji nipis), beras bismati

Minyak: minyak bijan, minyak jagung, minyak jarak, minyak biji sawi

Minuman: teh, kopi.

Herba: kulit kayu manis, buah pegaga, bunga cengkih, halia, biji saderi, kunyit, garam masala (campuran)

Lain-lain: manisan, gula-gula (rock candy), semua bahan makanan yang manis, garam, semua ubat moden


Jenis-jenis makanan yang sejuk:

Daging: arnab, kambing betina, lembu

Bahan-bahan tenusu: susu lembu, susu ibu, susu kambing, mentega, keju kering, marjerin.

Sayur-sayuran dan kacang: salad, daun saderi, pucuk (umumnya), bayam, kubis, kacang soya, tomato, lobak, kacang

Buah-buahan: tembikai, pear, kelapa, pisang, delima.

Biji-bijian: tiada.

Padi-padian: beras warna coklat, beras (biji tebal)

Minyak: kelapa, biji bunga matahari

Minuman: teh hijau

Herba: ketumbar (kering), jintan, inai.

Lain-lain: gula yang dibersihkan, cuka, benda-benda pahit dan masam



-'Kitab Ilmu Perubatan Kesufian'-ms 55



p/s:

pemakanan memainkan peranan yang sangat penting..kesan jangka pendek tak nampak sangat tapi kesan jangka panjangnya tak siapa yang tahu..kajian mendapati,orang Malaysia banyak mendapat penyakit disebabkan pemakanan yang tidak betul..

jom sama2 kita amalkan cara pemakanan mengikut sunnah Nabi S.A.W..itulah yang paling terbaik [wah,salah tatabahasa ni,dah ada paling tak boleh tambah 'ter' patutnya]..nak bagitahunya,memang terbaik sungguh..

tapi,yang sebenarnya,cakap senang,nk buat tu susah sebab bila dah jumpe makanan terus lupe apa yang patut di makan dan apa yang tidak patut =p