Tuesday, June 14, 2011

B17 dan Klinik Zamrud

Sejak sakit mendadak bermula dari birthday Mama tu, En. Rafee yang menjual B17 menyarankan supaya membuat suntikan B17. Suntikan ini memudahkan penyerapan B17 terus ke dalam darah dan mungkin boleh segera menyerang tumor tersebut. En. Rafee mengandaikan tumor tersebut menjadi resistant sebab Mama terambil makanan larangan seperti gula yang kadang-kadang secara tidak disedari. Ini memberi peluang kepada tumor yang sedang mula lemah mendapat kekuatannya.
B17 suntikan didatangkan dengan pakej beberapa vitamin tambahan seperti Asid Ascorbic dan DMSO. Satu pakej mengandungi 10 botol. Oleh itu Mama dikehendaki membuat suntikan ini diklinik. Menurut En. Rafee tak ramai doktor yang apply kaedah alternatif sebegini, jadi ada beberapa tempat tertentu sahaja seperti di Ipoh, Setapak dan Shah Alam. Dia mengesyorkan ke Klinik Dr. Zamrud di Setapak. Kami bersetuju dan Mama mulakan suntikan ini pada 25 Mei (Rabu) kedua 31 Mei (Selasa), 4 Jun (Sabtu), 7 Jun (Selasa) dan akhirnya 11 Jun (Sabtu). Pertama kali pergi tu sungguh menyeksakan! Rasa sakit dan perjalanan jauh pula, tandas sukar nak cari yang dekat.. Nasib baik klinik ada sediakan kereta tolak.
Dr. Zamrud nampak muda dan bergaya tapi sebenarnya umurnya dah 40 an.. Klinik dia memang unik sikit sebab dia lebih memberi tumpuan kepada rawatan kulit, awet muda, penampilan dan seumpamanya. Jadi tak heranlah pelanggannya pun terdiri dari orang muda yang inginkan kulit cantik dengan suntikan dan iklan pelbagai krim. Dia juga bekerjasama dengan Rafee untuk membuat suntikan B17 untuk pesakit cancer. Menurutnya dia ada lebih 6 orang pesakit cancer. Kebanyakannya perempuan dengan breast canser. Hanya mamalah satu-satunya kes tulang belakang, yang seorang lagi kanser paru-paru. Kes-kes ini janggal katanya dan memang berisiko tinggi sekiranya membuat pembedahan. Oleh itu selepas selesai pakej pertama tu, Dr cadangkan sambung lagi beberapa kali sehingga disahkan bebas dari tumor atau sel kanser. Alamak! Ini bermakna duit tambahan perlu lagi. Satu pakej dan RM 1900. Bayaran klinik RM55 sekali datang (RM 275 untuk 5x treatment), manalah nak korek duit.. tapi Mama percaya Allah Maha pemberi rezeki. Apabila kita berazam, maka bertawakkallah. Oleh kerana telah memilih jalan alternatif, inilah yang terpaksa ditanggung.
Namun bagi Mama apa yang terlebih penting ialah penjagaan makanan. Mama akan bersungguh-sungguh mengawal pemakanan supaya pisang tidak berbuah dua kali. Tak sanggup lagi rasanya menanggung penderitaan seperti yang dilalui ini, tetapi takdir Allah Mama terima jua. Mama teringat bahawa janji Allah sekiranya penderitaan pun yang ditanggung oleh mu'min didunia ini, penderitaannya itu hanya sekejap supaya dia merasa ni'mat peliharaan Allah. Tidak sama sama sekali dengan penderitaan yang ditanggung oleh orang yang engkar diakhirat kelak. Mereka akan merasai penderitaan demi penderitaan yang meruntun. Nauzubillah min zalik.
Dalam entri lain, Mama akan ceritakan tentang pengawalan makanan, insya Allah.