Monday, July 6, 2009

emosi terbalik


"Yin nak milo mama."
Mama tengah mengemas ni, yin bancuhlah sendiri ya.
Yin tak nak. Nak mama buat.
Ok. Kalau nak mama buat kena tunggu hingga mama selesai dulu mengemas, baru boleh buat. Nisreen senyap seketika.
"Mama, Yin nak milo. "
Tiba-tiba, abang Muaz bersuara: Pergila buat sendiri. Dah lapan tahun boleh lah buat sendiri. Jangan kacau mama. Pergi buat.
Abang Muaz memamg cukup serabut bila selalu mendengar Nisreen merengek-rengek dengan mama. Abang Muaz kata yin manja sangat...

Inilah fenomena yang selalu berlaku dirumah. Ia merupakan permulaan kepada pergaduhan antara adik-beradik yang mana akan berakhir dengan tangisan Nisreen dan rajukan abang yang akhirnya akan dimarahi oleh mama dan abah. Apakah penyelesaiannya?

Apakah sebenarnya sikap ibu bapa yang menjadikan seorang anak tidak dapat berdikari atau dikatakan sebagai manja? Ibu bapa pada peringkat permulaannya menganggap anaknya masih kecil untuk melakukan sesuatu keperluan atau tugasan untuk dirinya sendiri seperti mengemas, membasuh pinggan, baju dan kasut serta lain-lain. Namun sekiranya ibu bapa asyik melakukan tugasan tersebut, anak akan menganggap ia sebahagian dari tugas ibu bapa yang tidak perlu mereka lakukan. Inilah kesan besar kepada anak. Anak sepatutnya diajar berdikari sejak dari kecilkerana mereka boleh melakukannya dengan cara tersendiri dan kemudian ibu bapa boleh menolong mereka melengkapkannya.

Bagaimana pula sekiranya mereka sudah terbiasa dengan tidak melakukan tugasan tersebut sehingga mereka dewasa? Adakah sudah terlambat untuk membentuk mereka? Ini sebenarnya boleh dilakukan dengan secara beransur-ansur dan memerlukan kesabaran. Kebiasaan baik amat sukar untuk dibentuk tetapi lama-kelamaan mungkin akan berhasil.
Mereka perlu diberi kepercayaan supaya dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sudah tentu bimbingan yang tidak putus-putus ini menjadi pemangkin bagi mereka.

Baru-baru ini terbaca dalam Mingguan Wanita Mei 2009, mengatakan keadaan anak yang selalu membantah dan mempunyai pendirian tersendiri ini dikatakan sebagai emosi terbalik. Dalam diri mereka menganggap mereka berada ditempat yang benar dan masyarakat tidak memahami mereka sebenarnya. Mereka perlu diberi bantuan dengan cara menunjukkan sikap yang positif dan banyakkan berdoa supaya mereka dapat mengatasi masalah ini. Wa'Llahu a'lam.

untuk maklumat lanjut, layari http://www.minda-supersedar.com
http://meditasi-islam.tripod.com