Saturday, June 11, 2011

Amalan ibadat sewaktu haid

Setiap perempuan akan mengalami waktu haid. Yang biasa ialah 7 hari dan paling lama ialah 15 hari. Tapi bagi Mama semakin meningkat usia ia semakin stable. Dulu masa sekolah menegah dan sebelum kahwin, haid Mama banyak iaitu maksimumnya 15 hari. Kadang-kadang terlebih lagi menjadi istihadah. Waktu suci antara dua haid pula paling minima iaitu 15 hari suci sahaja. Ini agak constant juga. Selepas kahwin ia mula berkurangan kepada 10-7 hari. Di usia 30an ini ia mula stable 7 hari sahaja sementara waktu suci pula antara 15-20 hari.

Apa yang paling penting untuk diingati ialah apabila suci kita kena perhatikan detik bila ia betul-betul suci iaitu putih bersih. Sekiranya bersih pada awal waktu solat contohnya waktu zohor, Mama lebih suka gantikan juga waktu yang sebelumnya iaitu Subuh dan Isya'. Begitulah juga dengan waktu-waktu lain.

Ibadat perlu diteruskan juga walaupun kita haid. Solat, tilawah al-Quran dan puasa merupakan larangan. Namun kita boleh berzikir dan membuat amalan kebaikan lain. Sejak sakit ini, Mama selalu rasa ada yang tak kena atau bad instinction diwaktu haid ini. Oleh itu caranya ialah membuat gantian zikir dan wirid sebanyak yang mungkin. iaitu gantian amalan solat yang biasa dilakukan. Antara amalan gantian yang cuba Mama lakukan di saat ini ialah:

Istighfar 1000 (untuk masa solat fardu 5 waktu)
hauqalah 100 (untuk setiap solat sunat rawatib)
istighathah 100 (untuk dhuha)
tasbih, tahmid, tahlil,takbir 1000 (untuk malam dan qiamullail)

Oleh kerana tidak boleh membaca al-Quran Mama gunakan sepenuhnya untuk tadabbur makna dan membuat bacaan lanjut dan banyak berfikir tentang ayat-ayat al-Quran.

Yang penting kita tidak lalai dalam tempoh lemah ini kerana syaitan sentiasa mencari peluang memasuki jiwa kita dan melemahkan iman kita. Moga Allah SWT berikan kekuatan dan menjauhkan kita dari kejahatan. Amin..

Amalan ibadat

Amalan ibadat sudah tentulah solat fardu lima waktu yang perlu dilakukan dengan khusyuk dan hadir hati, puasa di bulan Ramadan, zakat serta haji..Mama rasa susah untuk mendapat kesempurnaan yang 100% daripada ibadat fardu tersebut. Betul tak? Oleh itu kita memerlukan amalan tambahan bagi menguatkan hak itu. Ibadat-ibdat lain yang boleh menampung ialah dengan membaca dan mengamalkan al-Quran, berzikir dan berwirid, selain dari doa, puasa sunat, sedekah, tawaf di Baitullah serta melakukan amalan kebaikan .

Antara yang mama banyak lakukan ialah solat sunat dan harap dapat sentiasa melakukannya ialah:

a. Solat sunat rawatib (mengiringi solat fardu Subuh, Zohor sebelum n selepas, Maghrib sebelum n selepas, dan sebelum Isya')
b. Solat dhuha dan sunat Ishraq (2-6 rakaat shj yang mampu Mama lakukan)
c. solat tahajjud (2-4 rakaat )
d. sunat hajat (2 rakaat)
e. sunat taubat (2 rakaat)
f. sunat wudu' (2 rakaat waktu tahajjud shj yang mampu dilakukan)
g. sunat witir (biasa 3 sahaja menutup semua solat)

Mama amat harap dapat istiqamah melakukannya dan bukan hanya mengerjakannya pada waktu sakit sahaja..

Manakala membaca, tadabbur dan menghafal al-Quran :
Tilawah : Mama cuba banyak sedapat yang mungkin (antara 1 helai- 1 juzu' sehari)
Hafal : Mama tak konsisten menghafal, tapi seboleh-bolehnya dalam sehari 10 ayat atau mengulang hafazan)Antara surah yang selalu diulang hafal ialah al-Fajr ke bawah, al-Mulk, al-Waqiah, al-Rahman, Yasin, awal 40 Surah al-Baqarah, tgh ayat Surah al-Ghafir dan 10 ayat surah al-Kahfi). Kebanyakannya dibaca dalam solat.
Tadabbur: Mama gunakan Tafsir per kata dan Tafsir al-Munir untuk lebih memahami. Kefahaman yang dapat ada Mama catat dalam blog Mama (Pengajaran al-Quran dan al-Hadith)
http://warisanbonda-ummumuaz.blogspot.com/

Tentang puasa pula, ibadat ini yang paling jarang Mama lakukan, bukan tak nak tetapi banyak kekangannya. Tapi Mama sangat suka kalau dapat lakukan puasa berikut (walaupun tak pernah dapat semuanya dalam setahun):
-Isnin dan Khamis
-bulan putih (13,14,15 setiap bulan hijrah)
-6 hari di bulan Syawal (puasa enam)
-9 dan 10 Muharram (Asyura)
-1, 15 dan 27 Rejab (bulan isra' mi'raj)
-15 Sya'ban
-9 Zulhijjah (hari Arafah)

Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud iaitu sehari puasa sehari makan. Dulu Mama rasakan ini sangat mustahil Mama lakukan, tetapi sejak sakit dan perlu pantang makan, Mama rasa ia mungkin boleh dilakukan jika iman Mama kuat. InsyaAllah Mama cuba jadikan ini sebagai cita-cita yang ingin dicapai..Terlebih dahulu akan cuba yang tersenarai di atas dahulu.

Tentang doa dan zikir wirid Mama akan buat satu entri khusus apa yang selaluMama bacakan supaya anak-anak Mama mendapat manfaat darinya. Amnya doa selalu mengiringi solat. Sekiranya boleh berdoalah pada waktu mustajab. Antara waktu istimewa ialah:
- 7 malam di bulan Ramadan (17, 21, 23,25,27,29)
-malam hari raya
-malam hari puasa yang mama senaraikan di atas.(rejab, asyura, tasyrik)
-hari Jumaat
-10 hari pertama Zulhijjah

Tentang sedekah biasanya Mama peruntukan kadar tertentu per bulan dan terus bagi kepada golongan sasaran seperti persatuan atau sekolah anak yatim, orang Islam kemboja yang miskin, surau dan tidak lupa kepada orang tua samada nana atau wan. Sekiranya ada yang datang ke rumah Mma juga turut hulurkan sedikit kepada mereka atau anak mereka. Kadang-kadang dengan memberi makanan. Itu sahaja yang terdaya Mama lakukan. Kalau ada kudrat Mama ingin pergi cari orang miskin atau anak yatim atau mereka yang memerlukan dan memberi mereka sumbangan by hand terus dan tidak melalui orang, tapi Mama sukar bergerak.

Tentang amalan kebaikan dan kebajikan, Mama sebagai guru dan juga pelajar (tua) menganggap dengan mengajar, mengulangkaji pelajaran, membaca, membuat latihan, memeriksa latihan itu juga ibadah dengan niat untuk memberi dan menuntut ilmu. Sebagai ibu dan isteri Mama menganggap apa yang Mama lakukan untuk anak-anak dan suami juga kebajikan yang Mamma niatkan sebagai ibadah untuk membentuk keluarga Muslim. Semuanya Mama harap menjadi amalan ibadah yang diterima oleh Allah SWT.

Tujuan semua amal ibadah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Untuk mendapatkan ridhaNya dan mendatangkan cinta terhadap Ilahi perlu bersungguh-sungguh bermunajat kepadaNya terutamanya di waktu pertengahan malam sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Daud AS iaitu waktu antara jam 2-4 malam. Iman kita naik dan turun, begitu juga ibadat kita. Kita manusia banyak kelemahan dan kelalaian perlu banyak muhasabah diri dan kemudian berdoa bermunajat memohon keampunan Ilahi.

Oleh itu wahai zuriatku sekiranya mengingati Mama ingatlah kepada perkara yang Mama paling sukai ialah solat dan tilawah. Perbanyakkan solat berjamaah (kepada anak lelaki jangan tinggalkan solat Subuh, Maghrib atau Isyak berjamaah di masjid). Bacakanlah surah al-Mulk atau al-Rahman (surah favourite) untuk Mama.Semoga kita sama-sama dapat menjadi golongan yang dikasihi Allah..