Thursday, February 2, 2012

Rumah kenangan


Rumah ini banyak menyimpan kenangan lama. Di sinilah tempat Tok Ayah dilahirkan. Nana Yah juga dilahirkan di sini. Tapi Mama tak pasti Tokleh dan Arwah Nana Ha adakah dilahirkan di sini atau diPasir Puteh. Sehingga bila rumah ini mampu bertahan dicelah-celah bangunan yang indah di Kota Bharu hanya masa yang yang ditetapkan oleh Allah Azzawajalla akan menjadi saksi. Oleh itu Mama paparkan di sini supaya anak-anak Mama mengetahui sebenarnya di sinilah tanah warisan kita.

Dimanakah lokasinya? Di Jalan Merbau, selang beberapa rumah sahaja dari Masjid Muhammadi. Dekat dengan sekolah Mqama dulu Maahad Muhammadi (P). Di hujung jalan terdapatpasar Kubang Pasu. Kedudukannya dekat dengan Sg. Kelantan menyebabkan biasanya akan digenangi dengan air di setiap hujung tahun. Tetapi disebabkan berpandangan jauh dan perancangan yang baik, rumah ini tidak pernah dimasuki air walaupun beberapa kali banjir besar berlaku. Tetapi tak pastilah pula masa Banjir Merah besar tahun 1960 an dulu dimasuki air atau tidak... Emm..kena tanya semula nih dengan Nana Yah yang menjadi penunggu setia rumah ini. Dulu masa Mama kecil2 kadang-kadang Tokayah bawa juga meredah banjir untuk menjenguk adinda yang dikasihi di samping menghantar beberapa keperluan Nana Yah yang tinggal di sini. Memang best meredah banjir walaupun kadang-kadang geli dan kesejukan. Mesti akan lalu dekat Suntoo (tak tahu ada lagi ke tak ya??) beli manisan dan kek dan berhenti rehat seketika sebelum sampai ke rumah Nana Yah.

Mama masih ingat dengan Moyang Mok (emak pada Tok Ayah) yang teramat suka duduk di rumah Merbau ini kerana inilah rumah dia. Mama masih ingat semasa Tok Ayah bawa Moyang Mok tinggal di rumah Jalan Bayam ketika akhir-akhir usia beliau, beliau mendesak untuk balik ke Merbau tetapi tok ayah kata nanti dulu, lalu beliau suruh panggilkan teksi untuk balik sendiri... Moga ruhnya dicucuri rahmat Ilahi dan diampunkan dosa-dosa beliau. Tok Ayah kata paling best masakan moyang Mok ialah masak gulaiikan kuning. Cerita Tok Leh pula katanya hari-hari Moyang Mok masak ikan singgang sebab miskin dan tak ada sumber pendapatan tetap. Moyang Moklah menyara anak2 selepas peninggalan Moyang Tok. Namun Moyang Mok selalu pesan suruh jadi baik dan belajar bersungguh supaya tak jadi miskin selamanya..

Semuanya akan jadi kenangan bila Nana Yah pindah nanti ke rumah banglo barunya dekat rumah Tok Ayah di Jalan Bayam yang tengah dalam pembinaan dan akan siap dalam bulan Mac depan. Itupun setelah tergendala hampir setahun.. Mabruklah kepada Nana Yah. Moga impian jadi kenyataan dan hilang seribu penderitaan..



Cerita Nana Yah dengan rumah ni lagi banyak. Mama kena bukukan kut..

Credit gambar diambil oleh sis Nurul Hanan..