Monday, June 27, 2011

Diet penyakit tumor

Semalam genaplah sebulan Mama menjaga diet mama dengan dikawal ketat oleh Abah. Diet ini kami sendiri yang buat rumusan dengan nasihat dari En. Rafee B17. Makanan yang diambil lebih kurang sama sahaja dan tidak dipelbagaikan supaya tidak tersilap. Biasanya kalau ada makanan baru yang masuk, Mama selepas itu akan mengadu sakit di perut bahagian dalam, sakit dada, atau sakit belakang. tempat-tempat itu begitu sensitif dengan pemakanan.
Tumor ni macam "nafsu" je suka makan makanan yang best-best seperti benda-benda manis terutamanya gula, produk susu, benda-benda yang diproses seperti kebanyakan makanan moden serta seafood yang merupakan kegemaran Mama. Jadi menjaga pemakanan ibarat mengawal nafsu makan..Apabila nafsu makan dapat dikawal harapnya lebih mudah untuk dekat pada hari akhirat dan seterusnya kepada Allah SWT.

Dietnya ialah:
pagi : roti wholemeal hi-fibre (2 keping) dengan sayuran salad, tomato, lada; atau minyak habbatussauda dan za'tar (oregano)
atau kalau tak ada roti oat dengan madu asli.

tengahari: roti dengan sup singgang ikan kembung dan sayuran.
( dua minggu sekali makan nasi putih tapi syaratnya selepas pukul 12 tengahari)

petang: buah-buahan atau biskut hi-fibre cicah air delima masam tanpa penambahan pemanis atau teh clanx atau kadang-kadang jus jambu batu merah sunrise yang tiada gula.

malam: roti sekeping dengan lauk sayur atau oat dengan madu dan buah.

Biasanya sebelum makan ubat b17 setiap pukul 4 pagi, 12 tengahari dan 8 malam, juga perlu makan buah nenas atau betik 10 minit sebelum makan ubat.

Oleh itu nampaknya nenas dan betik merupakan menu utama sehingga abah terpaksa beli 3-5 biji buah nenas dan lebih kurang 3 biji betik setiap minggu. Nasib baik nenas madu, kalau tidak tak termakan juga! Walaupun sekarang ada rasa jemu pada singgang tapi cepat-cepat ingat, sakit lagi la tak tertanggung, bawalah bersabar. Lagikan Saidatina Aisyah r.h. hanya makan buah tamar (kurma) dan air je lebih dari 3 hilal (bulan sabit iaitu lebih kurang 3 bulan) , ini dah kira banyak lah..Alhamdulillah.