Thursday, June 9, 2011

Sambutan ulang tahun

Setakat pertengahan tahun ni, dah 4 ulang tahun sudah berlalu; iaitu birthday Ibi n Shahidah pada 28 Feb, Muaz pada 20 April, Abah pada 19 Mei dan terbaru birthday Mama sendiri baru-baru ni pada 22 Mei. Tinggal Farha dan Nisreen je yang belum. Biasanya Mama selalu buat kek atau puding, atau buat kuzi roti jala atau apa-apa yang special sikit. Hadiah pun dibeli terlebih dahulu. Tetapi tahun ini berlainan sedikit sejak Mama sakit ni. Ulang tahun Ibi je sempat tempah kek dan tart. Muaz tak kebetulan dia balik dari asrama, jadi masa dia balik Mama ada buat maqlubah dengan bantuan Farha dan puding caramel. Masa Abah pula Mama baru rasa baik sikit, Mama buat Maqlubah seorang diri sebab Farha ke sekolah. Petang pula cuba buat Ummu Ali, sempat juga keluar jalan-jalan dengan abah (suatu perkara yang jarang Mama lakukan masa sakit) untuk pergi cari kerusi komputer Abah sebagai hadiah dan membeli beberapa perkara lain. Hampir dua jam Mama dalam kereta, alhamdulillah kaki Mama OK. Dalam hati Mama kata, ada can balik kampung cuti sekolah ni..

Begitulah manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku padanya. Tup-tup esoknya Mama rasa tak sihat. Kaki Mama makin berat. Dari menolak ke kerusi, bergantung pada Abah hinggalah langsung tak boleh bangun. Mama rasa tak tahu apa yang berlaku dengan begitu pantas. Daripada keadaan makin baik hingga begini jadinya.. Birhday Mama tu, Mama suruh Abah belikan pizza belanja anak-anak makan. Mama hanya ambil sikit buat rasa dan makan supnye.

Mama berharap nanti sembuh, kita buat kenduri kesyukuran dan bolehlah panggil kawan-kawan Ibi, Yin, Farha dan Muaz sama.. Doakan Mama sehat.