Showing posts with label Diari Mama. Show all posts
Showing posts with label Diari Mama. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

3 perkara lelaki takuti dengan 3 falsafah

Alhamdulillah setelah melalui 13 minggu menyambung pengajian yang tertunda, mama merasakan cukup berbaloi dengan segala susah-payah kita semua. Walaupun mama pergi bertongkat dan melalui perjalanan yang sukar dari Tg Malim ke Serdang kerana menahan sakit kaki dan lain-lain, namun mama rasa minda mama cukup terisi dan mendapat ilmu yang sungguh bagus daripada PM Dr. Zaitulazma. Subjek metodologi kajian kualitatif BBM 6402 yang merupakan subjek wajib pelajar dr falsafah benar-benar memahamkan mama tentang falsafah yang dicari melalui kajian. Inilah yang ingin mama kongsikan dengan analogi yang cukup mudah yang berlaku pada minggu ini dalam kelas ini. Komen Sahrul ini timbul apabila Dr Zaitul ceritakan tentang kepanikan pelajar menjawab soalan semasa viva (ujian lisan) menyebabkan pelajar diberi minor atau major. Sahrul lalu mencelah:
Sahrul: Dr, ada 3 perkara yang paling orang lelaki takuti : iaitu
Pertama sewaktu kena bersunat,
Kedua sewaktu nak akad nikah kali pertama dan
Ketiga ketika nak viva..
Dr dengan spontan menjawab:
Dr. Zaitul: Pengalaman sayalah sebagai seorang ibu kepada anak lelakilah 3 perkara yang lelaki bimbangnya ialah :
Pertama bagaimana nak memikul tanggungjawab lelaki berkhidmat kepada ibunya setelah ibu semakin berusia.
Kedua bagaimana nak memandu keluarga yang baru dibina iaitu isteri dan anak-anak ke jalan yang benar. dan
Ketiga  bagaimana nak menerima tanggungjawab sebagai khalifah Allah

Sekali dengar mama dan kawan-kawan sekelas gelak je pada Sahrul..tapi bila balik rumah baru mama terfikir tentang jawapan dr Zaitul rupanya merupakan falsafah daripada apa yang diperkatakan oleh Sahrul iaitu KENAPA lelaki takut semua itu?

FALSAFAHnya ialah:
1. sunat (yang dimaksudkan ialah sunat 12 tahun budak lelaki Melayu) merupakan langkah menuju kedewasaan, umur baligh dan tentutanya tanggungjawab yang perlu dipikul..

2. akad nikah merupakan langkah untuk menghalalkan hubungan dengan seorang perempuan yang tidak dibenarkan sebelum ini, merupakan langkah untuk membina keluarga sebagaimana yang diredhai oleh Allah SWT.

3. viva merupakan langkah untuk lulus pengajian peringkat tinggi di mana ilmu yang digunakan dituntut untuk menjadi khalifah di muka bumi ini..

Itulah perkaitannya. Sungguh cepat dr menjawabnya..masyaAllah..ini menunjukkan kematangan beliau berfikir dan ketajaman minda yang sentiasa diasah dengan membuat kajian dan mengajar murid-murid tentang falsafah.. Bilalah mama nak capai pada tahap ini? Sungguh kerdil rasanya diri..
Ya Allah berikanlah keberkatan ilmu pada kami dan Engkau peliharalah Dr zaitul guru kami dunia dan akhirat dan berikan dia kesihatan yang baik sehingga dapat lagi dia lahirkan lagi hamba-hambaMu yang hebat.. Amin..
Ya Allah Engkau rahmatilah keluargaku yang telah banyak menyokongku.. suamiku yang bersusah payah menjagaku sewaktu sakit dan memberi sokongan penuh menuntut ilmu.. engkau permudahkanlah jalannya dalam segala urusannya,, dan anak-anakku yang bersabar dengan ujian ini engkau lapangkanlah dada mereka dan isikan dengan hikmahMu menjadikan mereka khalifahMu dibumi ini..


Tuesday, July 17, 2012

Blender mixer grinder

Inilah hadiah birthday mama tahun ni daripada abah. Blender mama dah lama retak. Alhamdulillah walaupun belated mama amat bersyukur abah jumpa blender serba guna ni. Mama sebenarnya nak beli yang convenient untuk berbagai urusan masak, macam-macam survey blender yang ada dipasaran, sebab tu tak jadi-jadi lagi beli supaya tidak menyesal. Walaupun blender ni mahal sikit (dalam 380 rm je) tapi puas hati. Ada 4 bekas yg bekas jug yg diberi. Selain blending ia juga boleh mengisar berbagai bahan2. Rempah dan bahan bahan kering selain dari daging. Ia juga boleh ganti lesung sebab boleh hancurkan lada, bawang dll secara kering..(wow best... senang kerja). Ia juga boleh jadi juicer (yg tak banyak songeh sebab basuh pun 2 benda je) dan boleh buat pelbagai jus. Ia juga boleh kepuk telur untuk buat kek. Satu lagi ia dibuat dari besi, so kalau jatuh tak retak insya Allah. Alhamdulillah tak jadi lah beli chopper ke food processor dll..Syukran abah..

Thursday, June 7, 2012

tumorkah atau infection?


Setelah lebih setahun berlalu, doktor mula mengesyaki ianya bukan tumor, kerana tiada simptom tumor lagi. Mungkin ianya jangkitan pada saraf. Ya, doktor sebagai manusia hanya mampu meneka berdasarkan ilmu yang ada padanya, namun Allah SWT lah yang Maha Mengetahui segalanya. Dia berkuasa menjadikan sesuatu penyakit, dan Dialah yang menyembuhkan sekiaranya Dia mahu. Yang penting, usaha, tawakkal dan doa yang tidak putus..

Monday, April 30, 2012

Ibi masuk choral speaking







Sudah seminggu lebih Ibi duduk melalak-lalak lagu Barney, sungguh-sungguh benar dia sampai semua kakak-kakak dan maknya sekali duk terikut nyanyi. Akhirnya tibalah hari persembahan choral speaking kat sekolah bertanding dengan beberapa sekolah. SKPC kalah no berapa mama tanya Ibi, Ibi kata tak tahu lah..
Inilah dia lagunya:

Oh Mr Sun Sun, Mr Golden Sun, please shine down on me..
Oh Mr Sun sun, Mr Golden Sun, hiding behind a tree..

These little chilren are asking you, to please come out so we can play with you..
Oh Mr Sun Sun, Mr Golden Sun, please shine down on..
Oh Mr Sun Sun, Mr Golden Sun, please shine down on..
Oh Mr Sun Sun, Mr Golden Sun, please shine down on me..

If  all the raindrops were lemondrops and gumdrops,
Oh what a rain that would be..
Standing outside with my mouth open wide ah ah ah ah ah ah ah...
If  all the raindrops were lemondrops and gumdrops,
Oh what a rain that would be..

 If all the snowflakes were candybars and milkshakes
Oh what asnow that would be!
Standing outside with my mouth open wide ah ah ah ah ah ah ah...
If all the snowflakes were candybars and milkshakes
Oh what asnow that would be!

If all the sunbeams were bubblegum and icecream
Oh, what a sun that would be!
Standing outside with my mouth open wide ah ah ah ah ah ah ah...
If all the sunbeams were bubblegum and icecream
Oh, what a sun that would be!

I like red it's the colour of an apple
Orange it's the colour of an orange
Yellow it's a lemon and a beautiful sun sun sun
Green it's the colour of the tree and lots of things that grow
And then the's blue for the sky
And purple That's a colour that's fun fun fun
When you put these colour side by side
Now what do you think you have done
We've made a rainbow and it's a really beautiful one one!

Saturday, April 21, 2012

akuarium Ibi

Bersemangat Ibi usahakan buat akuarium ni untuk pelajaran seni.. mula bawa cari gambar kat internet..bawa kotak ke sekolah. Opps.. cikgu tak datang pula, tapi takpe semua kawan-kawan buat je dalam kelas tanpa guru. balik sambung lagi. hias macam-macam.. dan inilah hasilnya..


Nasi Afgan untuk orang Sudan kat mesir

Hari ni birthday Muaz.. Mama teringat sangat pada Syafiqah kawan mama yang menolong mama semasa kelahiran Muaz dulu dan keluarganya menjadi sebahagian daripada kita semasa kat Sudan dulu.. Kemanakah mereka sekarang? Di Pakistan ke Afghanistan ke masih lagi di Sudan?


 Inilah first time masak nasi Afghan dalam slowcooker. Carrot, bawang dan ayam hanya dibakar dalam periuk slowcook. Tak berminyak tapi lamalah prosesnya. Start kul 8 pagi sampai ke 12 tgh hari.. Mulanya merebus ayam. Lepas tu proses "bake", kemudian baru "cook rice." Oleh kerana ayam hanya ada sedikit, mama masak 3 pot sahaja, sekali hadap makan tengahari sahaja dah habis..

22 Julai 2012 / 2 Ramadan 1430H
Ini sepatutnya jadi entri baru. Sebab entri diatas bulan April. Tapi mama malas nak bt yg baru utk tajuk yg sama. Mama ingin rakamkan resipi Naasi Afghan ini supaya tak dilupakan (credit pd makcik Sfafiqah al-Afghaniyyah - jiran kita masa di Sudan dulu. Moga sentiasa sihat sejahtera)

Nasi Afghan ni asalnya -menurut Khaltu Shafiqah- ialah resipi orang-orang Afghanistan sebelum mereka perang dulu. Mereka kebanyakannya tinggal di pergunungan dan banyak menanam carrot. Oleh kerana itu seolah-olah jadi ruji bersama nasi.

Resipi Nasi Afghan/ Nasi carrot

Utk 30 org lebihkurang

Beras basmati 25 pot beras ( dlm 3kg)
Ayam 3-4ekor, dipotong 4.
Carrot (1 stgh kilo ++)
Bawang besar (15 biji besar2 utk goreng) (5 biji utk sup potong 4)
Bawang putih (3-4 labu)
Rempah (buah pelaga hindi -segenggam ditumbuk kasar) lada hitam halus (5 sb)

Kisar/tumbuk bwg putih dan lumur pada ayam. Diperap 2 jam +.
Goreng sedikit supaya ada warna, kemudian rebus. (Mama rebus dulu kemudian baru goreng)
Air rebusan ayam tadi dicampur dgn bwg potong 4 dan 2 rempah tadi dan garam. bila dah masak ambil ayam dan toskan.
Bwg besar dimayang dan digoreng sedikit garing (warna keemasan)
Carrot dipotong panjang halus (seperti buat acar gitu) kemudian dilumur gula sedikit dan digoreng sedikit garing. (Mama buat lumurkan dengan garam)
Beras dibasuh dan direndam sepaya senang masak.
Buat air gula caramel (Gula 7 sb) supaya nasi berwarna sedikit keemasan.
Kismis/zabib 2 genggam digoreng sekejap supaya kembang.
Minyak gorengan bwg dan carootdlm 10 senduk.
Campurkan semua bahan bersama. (beras, carrot, bwg goreng dan sup ayam, garam,kismis, air caramel dan ayam yg digoreng)
* Ayam boleh diasingkan kalau mahu rangup. Tapi asal resipi ni ayam pecah-pecah dalam nasi.
Sukatan air utk 25 pot = 25x2=50 pot air keseluruhan (lbh baik lebihkan sedikit. Beras basmati menyerap air)Tutup rapat2 periuk. InsyaAllah dlm sejam masak. (Kalau guna periuk besar cap buaya rumah kita tu muat dalam 25 pot shj maksimum), kalau tak melimpah.
Rasa nasi ni sedikit manis sebab ada gula dan kismis.
ps/ boleh juga guna maraqah/ perencah ayam kalau tak ada ayam, boleh buat nasi carrot aje. Ayam itu utk orang berada je kata Khaltu Shafiqah..


Boleh dimakan dengan salatah, yogurt.
Salatah

Timun 5 btg
Tomato 8 biji
Lada capsicum (3 biji)
Lemon besar 5 biji / limau kasturi 10-12 biji
garam

Potong semua sayuran kiub kecil, perahkan limau. kacau rata.

Utk lebih mewah lagi boleh dimakan dengan kuftah (masak merah daging). Memang ngam dgn nasi ni.
Kuftah/Mulah
Daging sekilo dikisar halus
Potato 4 biji besar2 direbus empuk lembut
Telur 2 biji
Gandum/ tpg jagung 3 sb
Bawang besar 2 biji dikisar kasar
Bawang putih setengah labu dikisar bersama
lada hitam serbuk.
Gaul hingga mesra dan kepal kecil2.

Bwg besar 6 biji dikisar
Tomato 10 biji dikisar
Tomato puri setengah tin
Rempah biji pelaga hindi 5 sb ditumbuk kasar
2 sb lada hitam tumbuk kasar

Tumis bawang hingga naik bau, masukkan tomato puri dan tomato biarkan merenih hingga menggelegak dalam 10 minit . Masukkan garam dan rempah2. Tambah air semangkuk sederhana besar dan kacau rata. kemudian masukkan daging yg dikepal (boleh juga digoreng sekejap utk mengekalkan bentuk, sebab kadang2 pecah jadi hancur ketika masak). masak dalam 2 jam iaitu hingga naik minyak dan daging masak. Jgn kacau selagi daging tak masak. Banyak kacau menyebabkan daging hancur..

Kalau malas atau tak nak berminyak, masukkan semua sekali gus dan renih dengan api perlahan hingga daging keluarkan minyaknya (dlm 2-3 jam).

Selamat mencuba. Kata Nisreen nasi ni sedap sangat2. Buat semalam dia tambah 4 kali masa berbuka. Masa sahur nasi ni lagi. Hari ni pun nasi ni lagi sebab banyak lebih. Semalam jemput 10 orang makan, beri pada jiran 4 buah rumah dan tetamu juga boleh bawa balik balik utk sahur lagi, masih juga berlebihan dalam 3 bekas aiskrim lagi. Maknanya boleh lagi beri 2 jiran lain kali. Hehe ni catatan mama supaya tahun depan panjang umur tahu budget utk berjamu..

Saturday, March 10, 2012

Lagu kenali aurat

Beberapa hari yang lepas ibi nyanyikan lagu ini:

Di atas kaki ada betis, betis cantik tak boleh lihat
di atas betis ada lutut, lutut cantik tak boleh lihat
di atas lutut ada peha, peha cantik tak boleh lihat
di ataspeha ada faraj dan zakar, faraj dan zakar cantik tak boleh lihat
diatas faraj dan zakar ada perut, perut cantik talk boleh lihat
di atas perut ada pusat, pusat cantik tak boleh lihat
di atas pusatada dada, dada cantik tak boleh lihat
diatas dada ada leher, leher cantik tak boleh lihat
diatas leher ada muka, muka cantik BOLEH lihat
diatas muka ada rambut, rambut cantik tak boleh lihat...

(lagu subjek PK diajar oleh c. Noralam, SKPC)

Thursday, February 23, 2012

Sejambak bunga untuk ulangtahun ke-16


Cantik tak gubahan mama? Sungguh tak sangka mendapat sejambak bunga hidup ini (Ibi ingat plastik) semalam daripada abah. Sebelum ni tak pernah mendapat bunga. Abah semakin romantik sejak mama sakit ni. Mungkin jiwa abah banyak terusik dengan penderitaan mama dan cuba memikirkan untuk menceriakan hari-hari mama. Terima kasih abah. Kasih dan pengorbananmu pada keluarga semakin terserlah, moga ihsanmu ini diberi ganjaran yang besar  disisi Allah Azzawajalla.

Friday, February 17, 2012

Sharing pains

It is so true of having a cocktail of pain.. every time different kind of pain came and all you have todo is endure it with doa- thANKS TO aBU mUAZ WHO'S ALWAYS BESIDE ME SHARING THE PAIN..

as said by Arman:

avoid all foods that are high in cholesterol and sugar but every morning I drink fresh juice twice daily, a mix of celery, green apple, beetroot, ginger, carrot, cucumber, grapefruit and bittergourd. At home, I only eat ponni-rice (rice without starch). I eat only fried food with olive oil, but occasionally enjoy dining out without limits

 
These exercises may help as being written in NST
1. STRETCHING
Often overlooked, stretching is extremely important to increase flexibility. It is so easy that everyone can do it and consistent stretching gives better muscle flexibility. “Stretching is important to keep moving, to maintain mobility,” says Colleen Doyle, director of nutrition and physical activity for the American Cancer Society in the article. If you’re not yet ready for more vigorous exercise, you should at least stay flexible.
2. AEROBICS
Biking, walking, jogging and swimming help burn calories and increase heart rate. You may even lose weight in the process. Because aerobics exercises train the heart to be more efficient, they build cardiovascular fitness and reduce the risk of heart attack, stroke and diabetes.
3. WEIGHT TRAINING
Weight lifting helps build muscle normally lost during cancer treatment. Invest in 2kg or 4kg dumb-bells for home use and if the weight feels too easy, just increase the repetition of exercise.
“Ideally, cancer survivors should do aerobic exercises and weight training,” says Dr Kerry Courneya, professor and Canada Research chair in Physical Activity and Cancer at the University of Alberta in Edmonton, Canada on the webMD website. “Both types of exercises are critical to overall health and well-being of cancer survivors.”
4. RESISTANCE TRAINING
Using your own body weight for exercise also helps build more muscles. Exercises like bench dip and push-ups are good for upper body muscles and can be done in your own space or while watching TV.
5.  ACTIVE ROUTINE
Start a new active routine by taking the stairs instead of the lift, You can also buy a pedometer. If you are desk-bound, take short breaks for walks and stretching. You can even lift heavy objects like detergent bottles and cans to build muscles.


 

Thursday, February 2, 2012

Rumah kenangan


Rumah ini banyak menyimpan kenangan lama. Di sinilah tempat Tok Ayah dilahirkan. Nana Yah juga dilahirkan di sini. Tapi Mama tak pasti Tokleh dan Arwah Nana Ha adakah dilahirkan di sini atau diPasir Puteh. Sehingga bila rumah ini mampu bertahan dicelah-celah bangunan yang indah di Kota Bharu hanya masa yang yang ditetapkan oleh Allah Azzawajalla akan menjadi saksi. Oleh itu Mama paparkan di sini supaya anak-anak Mama mengetahui sebenarnya di sinilah tanah warisan kita.

Dimanakah lokasinya? Di Jalan Merbau, selang beberapa rumah sahaja dari Masjid Muhammadi. Dekat dengan sekolah Mqama dulu Maahad Muhammadi (P). Di hujung jalan terdapatpasar Kubang Pasu. Kedudukannya dekat dengan Sg. Kelantan menyebabkan biasanya akan digenangi dengan air di setiap hujung tahun. Tetapi disebabkan berpandangan jauh dan perancangan yang baik, rumah ini tidak pernah dimasuki air walaupun beberapa kali banjir besar berlaku. Tetapi tak pastilah pula masa Banjir Merah besar tahun 1960 an dulu dimasuki air atau tidak... Emm..kena tanya semula nih dengan Nana Yah yang menjadi penunggu setia rumah ini. Dulu masa Mama kecil2 kadang-kadang Tokayah bawa juga meredah banjir untuk menjenguk adinda yang dikasihi di samping menghantar beberapa keperluan Nana Yah yang tinggal di sini. Memang best meredah banjir walaupun kadang-kadang geli dan kesejukan. Mesti akan lalu dekat Suntoo (tak tahu ada lagi ke tak ya??) beli manisan dan kek dan berhenti rehat seketika sebelum sampai ke rumah Nana Yah.

Mama masih ingat dengan Moyang Mok (emak pada Tok Ayah) yang teramat suka duduk di rumah Merbau ini kerana inilah rumah dia. Mama masih ingat semasa Tok Ayah bawa Moyang Mok tinggal di rumah Jalan Bayam ketika akhir-akhir usia beliau, beliau mendesak untuk balik ke Merbau tetapi tok ayah kata nanti dulu, lalu beliau suruh panggilkan teksi untuk balik sendiri... Moga ruhnya dicucuri rahmat Ilahi dan diampunkan dosa-dosa beliau. Tok Ayah kata paling best masakan moyang Mok ialah masak gulaiikan kuning. Cerita Tok Leh pula katanya hari-hari Moyang Mok masak ikan singgang sebab miskin dan tak ada sumber pendapatan tetap. Moyang Moklah menyara anak2 selepas peninggalan Moyang Tok. Namun Moyang Mok selalu pesan suruh jadi baik dan belajar bersungguh supaya tak jadi miskin selamanya..

Semuanya akan jadi kenangan bila Nana Yah pindah nanti ke rumah banglo barunya dekat rumah Tok Ayah di Jalan Bayam yang tengah dalam pembinaan dan akan siap dalam bulan Mac depan. Itupun setelah tergendala hampir setahun.. Mabruklah kepada Nana Yah. Moga impian jadi kenyataan dan hilang seribu penderitaan..



Cerita Nana Yah dengan rumah ni lagi banyak. Mama kena bukukan kut..

Credit gambar diambil oleh sis Nurul Hanan..

Sunday, January 29, 2012

Antara sekolah tahfiz dan Kelas Aliran Agama

Alhamdulillah akhirnya Farha dapat juga panggilan ke SMKA Slim River. Walaupun impian Mama untuk melihat kakak ke sekolah bawah kerajaan negeri yang menawarkan tahfiz dan Azhariah, Mama redha dengan qadha yang telah ditentukan untuk kakak. Sememangnya Mama tidak menjangka begitu susah sekali sekarang untuk memasuki sekolah SARJANA atau SMA Taayah di Ipoh berbanding 2 tahun yang lalu. Kebanyakan ibubapa telah berkesedaran pendidikan agama amat penting, oleh itu masing-masing berebut untuk mendapatkan tempat di sekolah seperti itu.

Kerajaan negeri Perak bukan sahaja makin menambah sekolah-sekolah kelolaannya seperti mewujudkan sekolah menengah tahfiz Darul Ridzuan di setiap daerahnya seperti di Kerian, Lenggong, Batang Padang dll, bahkan memberi pelajar-pelajarnya biasiswa untuk tahfiz. Pada tahun ini katanya 1600 pelajar memohon dan hadir temuduga dan hanya 600 tempat sahaja yang boleh diambil setelah menjalankan temuduga tahfiz kepada mereka. Ramai yang tidak terpilih walaupun mendapat 5A. Ibubapa pula sanggup menghantar ke sekolah tahfiz ini walaupun ada yang bangunan tidak siap pun lagi dan terpaksa menumpang di rumah DO.

Walaupun kakak tak ada rezeki ke sekolah yang Mama harapkan kurang-kurangnya kawan karib kakak Fatin Adriana dapat pun Mama turut tumpang gembira untuknya. Mama yakin ada rezeki kakak di tempat lain yang Allah SWT kehendaki. Sebab itu Mama berusaha bersungguh-sungguh membuat rayuan ke JAIPk dan juga JPN yang menawarkan kelas aliran agama (KAA) dan SMKA. Mama juga buat muka tak malu menelepon berkali-kali kepada mereka kerana bagi Mama kakak berhak mendapat yang terbaik dan lebih baik dari sekolah agama rakyat Maahad al-Taufiqiyah al-Diniyah. Ini kerana mama mahu lihat kakak meneruskan kecemerlangan kakak seperti sebelum ini.

Mama tahu kakak sudah mula menyukai MTD dan mendapat kawan-kawan yang baik-baik disana. Sekolah itu juga tidak kurang hebatnya walaupun hanya SAR tetapi mempunyai kurikulum yang baik dan turut menawarkan tahfiz dan Azhariah. Cuma mungkin prasarananya yang baru membangun dan hanya mempunyai satu kelas bagi setiap tingkatan disamping guru-guru yang tidak tetap itulah mungkin tidak memberi cabaran kepada kakak yang Mama rasa kakak perlukan untuk menjadikan suasana ilmu lebih hidup..Mama percaya sekolah ini akan membangun dalam setahun dua lagi dan mungkin akan hantar Nisreen ke situ kerana ia dekat sahaja (15 min) dengan rumah kita. Pertemuan dan perpisahan itu adat manusia, harap kakak redha dengan pilihan ini.

SMKA Slim River mungkin antara sekolah agama tertua kerajaan berbanding dengan yang ada di Seri Iskandar dan Kerian (kalau tidak silap). Prestasinya Mama kurang arif. Pengajian tidak dalam bahasa Arab. Matapelajaran Feqah, Tauhid, Sirah dll digabungkan dalam pengetahuan Islam dan hanya ada Bahasa Arab tinggi yang membezakannya dengan sekolah menengah biasa. Tiada lagi tahfiz diperkenalkan dan mungkin akan ada nanti. Namun Mama harap kakak tetap mengambil berat dengan subjek BA kerana bagi Mama belajar bahasa Arab adalah fardu ain demi memahami 2 sumber kitab agama iaitu Quran dan Sunnah. Mama juga berharap kakak akan dapat menyambung tahfiz sendirian kerana ia penting sebagai benteng diri dan juga kelak dimasa hadapan di peringkat universiti juga menuntut hafazan sekurang-kurangnya 5 juzu'. Walaupun dengan segala kekurangan ini mama perhatikan bekas-bekas pelajar SMKA turut berjaya di peringkat universiti seperti Dr. Asri Zainal Abidin, Ustaz Erfino dan ramai lagi bekas pelajar Joedan yang disegani berasal dari SMKA. Jadi Mama dan abah buat kesimpulan mungkin tarbiah disini agak baik kepada para pelajarnya. Semoga Allah SWT memberi laluan ini kepada kakak.

Selamat belajar dan belajarlah bersungguh-sungguh. Jadikan apa yang berlalu pengajaran yang berguna dalam hidup..Moga Nisreen dan Ibtisam juga diberi peluang yang baik untuk mendapatkan ilmu dunia dan akhirat.

Sunday, November 20, 2011

Hari Anugerah kecemerlangan SKPC 2011



Tahniah utk Farha yang mendapat tokoh murid, anugerah Nilam 6P, anugerah akademik BI &PAI, sijil Ketua Pengawas dan Sijil UPSR..
Tahniah utk Ibtisam..yang mendapat anugerah cemerlang akademik Sains dan B.Arab dan sijil penolong Ketua kelas.

Tahun ni Mama tak dapat hadir, moga tahun depan Mama diberi kekuatan dan afiat, teruskan kecemerlangan lagi ye..Mama juga nak lihat Nisreen dapat hadiah jg tahun depan. Usaha tangga kejayaan.

Saturday, November 19, 2011

Untuk Nisreen bakal menduduki upsr 2013

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah
1 petua dari ustaz subri arshad
dr. facebook Markaz

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
kita ingat 10% apa yang dibaca
kita ingat 20% apa yang didengar
kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
kita ingat 90% setelah dipraktikkan
Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
Belajar dalam persekitaran kondusif.
pastikan cahaya adalah terang
kurangkan gangguan bunyi
tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
kerusi dan meja menghadap kiblat
jangan lupa untuk senyum
Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
Tahu teknik merangsang memori:
memasukkan maklumat dalam memori (registration)
menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
mengingat kembali (recall)
menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
Sentiasa awal dan mendahului:
persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
Mempunyai teknik membaca yang betul:
duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
memberikan tumpuan sepanuhnya
menggunakan jari telunjuk untuk membaca
menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
Tahu petua mengulang kaji:
cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
duduk tegak dikerusi yang selesa
baca doa penerang hati
baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
fikir dan ingat kembali isi utama
catat/lakar
semak semula ketepatan maklumat
ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
buat rumusan
jawab soalan
tampal maklumat yang rumit di dinding
baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
Tahu petua-petua agar tidak lupa:
jangan makan kepala ikan
jangan makan organ dalaman
jangan minum semasa makan
jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
jangan melihat kemaluan
banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
banyakkan makan kismis, kurma dan madu
banyakkan makan kekacang
pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
jangan makan sehingga terlalu kenyang
jangan kencing berdiri
Tahu kemahiran mengingat:
tampal nota-nota penting di dinding
tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
gunakan kaedah akronim
reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
Cekap mengatur jadual belajar:
mempunyai jadual belajar
patuh kepada jadual
buat jadual yang boleh diikuti
Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
Pelbagaikan tempat belajar.
Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
Ciri-ciri pelajar cemerlang:
taat kepada Allah
mendirikan sembahyang
menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
hormati & sayangi guru
bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
membantu rakan yang memerlukan
berdoa dan bersyukur kepada Allah
sentiasa bertawakal
mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

dan petua dari ustaz subri arshad ialah...
buat ringkasan nota amalkan membaca sebanyak 40 kali.. ini telah di buat oleh ustaz yang mana dia lulus 1 daripada 18 pelajaran tahfiz pondok utk ke universiti al azhar di mesir dan dia mengamalkan petua di atas yang di ajar oleh mursyid pondok itu.. alhamdulillah ustaz subri arshad telah lulus dengan cemerlang dan menyambung pelajaran ke uni. al azhar...

terpulang pada anda yang mana paling terbaik... wassalam

Thursday, November 17, 2011

Allah SWT tidak mengizinkan..


Hari ni keputusan UPSR diumumkan. Farha anak kebanggaan Mama tidak pernah mengecewakan. Keputusan peperiksaan Farha sentiasa dapat "the best". Mama bersyukur dengan anugerah Allah yang menyenangkan hati Mama..Walaupun demikian dalam peperiksaan besar ini, Allah SWT tidak mengizinkan Farha mendapat sebagaimana yang dicitakan dan sebagaimana telahan semua orang. Tiada apa yang boleh diucapkan kecuali segala puji bagi Allah yang telah menetapkan keputusannya 4A 1B kerana hikmahnya lebih jauh daripada kecemerlangan di hari ini.

Inilah madrasah kehidupan yang mengajar manusia erti dan makna kehidupan hari ini dan esok. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil wahai buah hati kesayangan Mama. Tak usahlah kecewa. Jadikan ia pendorong untuk berjaya di masa hadapan. Allah SWT menyayangimu dan mahu anakanda kembali padaNya. Muhasabahlah diri dan ambillah iktibar. Cucilah hati sebersih-bersihnya daripada sifat buruk seperti marah, dendam, dengki.. Sebaliknya hiasilah diri dengan sifat sabar, tekun dan bersungguh-sungguh. Orang yang berjaya tidak berjaya sehari. Diri mereka tidak pernah mengenal erti cuak dan jemu terhadap sebarang ilmu. Mereka gigih dan tidak mengenal letih dan bosan. Hiburan mereka ialah zikrullah dan mereka tidak tertarik dengan hiburan sementara yang melalaikan. Selamat berjaya Mama doakan.

p/s: tahun 2011 seramai 46,012 pelajar seluruh Malaysia mendapat 5A. Di tanjong Malim sahaja 22 orang dari SKTM, 5 dari Methodist dan 1 dari SKPC..Sementara 4A 1B, 8 orang dari SKPC dan 20 orang dari SKTM..

Sunday, November 13, 2011

Lambaian kaabah

Mama sangat ingin ke tanah suci Mekkah. Hajat ini harapnya suatu hari akan tercapai jua. Moga dapat mengerjakan haji sekali lagi dengan lebih sempurna, kalau tidak pun umrah pun cukuplah..


Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...
...
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.... ~ anis

sumber: http://fathnahlrahman.blogspot.com/

Sunday, November 6, 2011

Jihad menuntut ilmu



Walaupun destinasi yang jauh dalam usia yang masih mentah mama merestui pemergianmu untuk menuntut ilmu. Semoga semangatmu sentiasa berkobar sebagaimana Muaz bin Jabal dalam menegakkan Islam..


Walau dimana sekalipun demi tujuan yang mulia, keluarga sentiasa memberi sokongan padu. Setinggi mana pun darjat dan kedudukan yang dicapai jangan dilupa pada keluarga yang berdiri di belakang...



Amalan zikir sebelum tidur

Selepas Isyak atau Maghrib atau sebelum tidur, bolehlah amalkan serba sedikit dari ratib al-haddad yang menyerupai ma'thurat juga dengan serba sedikit penambahan:

لراتب الشهير للإمام عبدالله علوي الحداد

الفاتحة إلى حضرة النبي.. محمد صلى الله عليه وآله وسلم، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم { بسم الله الرحمن الرحيم * الحمد لله رب العالمين..} [الخ سورة الفاتحة]. { الله لا إله إلا هو الحي القيوم.. }. [الخ آية الكرسي].. { آمن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون كل آمن بالله وملائكته وكتبه ورسله لا نفرق بين أحد من رسله وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير لا يكلف الله نفساً إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا ربنا ولا تحمل علينا إصراً كما حملته على الذين من قبلنا ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به واعف عنا واغفر لنا وارحمنا أنت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين }.
لا إلـه إلا اللـه وحده لا شريك لـه، لـه الملك ولـه الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قديـر ( 3 مرات ) .
سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر ( 3 مرات ) .
سبحان الله وبحمده.. سبحان الله العظيم ( 3 مرات ) .
ربنا اغفر لنا وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم ( 3 مرات ) .
اللهم صلِّ على محمد.. اللهم صلِّ عليه وسلم ( 3 مرات ) .
أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق ( 3 مرات ) .
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ( 3 مرات ) .
رضينا بالله رباً.. وبالإسلام ديناً.. وبمحمدٍ نبياً ( 3 مرات ) .
بسم الله والحمد لله والخير والشر بمشيئة الله ( 3 مرات ) .
آمنا بالله واليوم الآخر.. تبنا إلى الله باطناً وظاهر ( 3 مرات ) .
يا ربنا واعف عنا.. وامح الذي كان منا ( 3 مرات ) .
يا ذا الجلال والإكرام.. أمتنا على دين الإسلام ( 7 مرات ) .
يا قوي يا متين.. اكف شر الظالمين ( 3 مرات ) .
أصلح الله أمور المسلمين.. صرف الله شر المؤذين ( 3 مرات ) .
يا علي يا كبير، يا عليم يا قدير، يا سميع يا بصير، يا لطيف يا خبير ( 3 مرات ) .
يا فارج الهم، يا كاشف الغم، يا من لعبده يغفر ويرحم ( 3 مرات ) .
استغفر الله رب البرايا، استغفر الله من الخطايا ( 4 مرات ) .
لا إله إلا الله ( 50 مرة ) .
محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم.. وشرف وكرم.. ومجَّد وعظم، ورضي الله تعالى عن أهل بيته المطهرين، وأصحابه المهتدين، والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين.
ثم يقرأ:
سورة الإخلاص ( 3 مرات ) .
المعوذتين ( مرة واحدة ) .
  [الفاتحة].
الفاتحة إلى أرواح كافة عباد الله الصالحين، ووالدينا ومشائخنا في الدين، وذوي الحقوق علينا.. وأموات أهل هذه البلدة من أهل لا إله إلا الله أجمعين، وإلى أرواح أموات المسلمين وأحياهم إلى يوم الدين.. أن الله يغفر لهم ويرحمهم، ويُفرّج كروب المسلمين ويرحمهم، ويشفي مرضاهم، ويجمع شملهم على الهدى، ويؤلف ذات بينهم، ويُولي عليهم خيارهم، ويصرف عنهم شرارهم، ويكفينا وإياهم شر الفتن والمحن والمؤذيين والمتعدين من قريب أو بعيد، ويُرخي أسعارهم، ويُغزّر أمطارهم، ويُعطي كل سائل منا ومنكم سوله.. على ما يُرضي الله ورسوله، ويفتح علينا فتوح العارفين، ويختم لنا بالحسنى وهو راضٍ عنا في خير ولطف وعافية.. وإلى حضرة النبي (محمد صلى الله عليه وآله وسلم).

وبعد قراءة الفاتحة يرفع يديه ويدعو بما شاء.. ثم يقول:
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة، ونعوذ بك من سخطك والنار ( 3 مرات ) .
انتهى الراتب، ويُزاد بعده:
يا عالم السر منا، لا تهتك الستر عنا، وعافنا واعف عنا، وكن لنا حيث كنا ( 3 مرات ) جزى الله عنا سيدنا محمداً صلى الله عليه وآله وسلم خيراً، جزى الله عنا سيدنا محمداً صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله ( 3 مرات ) جزى الله عنا سيدنا ونبينا محمداً صلى الله عليه وآله وسلم أفضل ما جزى نبياً عم أمته * يالله بها.. يالله بها.. يالله بحسن الخاتمة ( 3 مرات ) .
http://www.mhrab.com/Awrad/awrada.htm

Tuesday, October 4, 2011

Penjagaan kuku


::..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::

Asas 5 jari

Jari telunjuk ...: usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESASee More



Ini hanyalah sebagai panduan; tidak terdapat mana-mana ayat atau hadith yang menyokong penyataan ini. Iktibarnya ikutlah sunnah Nabi yang memotong kuku pada hari Jumaat. Apa yang dilakukan oleh Nabi kita ada hikmatnya yang tersembunyi.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ub...at dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009
See More


Tuesday, September 13, 2011

Panduan hidup

Sehari-hari dalam kehidupan adakah berlalu begitu sahaja? Setiap hari ada perbezaannya. Mungkin hari ni kita sihat, ketawa riang, manakala esok batuk sikit, lusa sakit demam dan sebagainya. Semua itu telah ditentukan oleh Allah SWT. Oleh itu hamba Allah dituntut supaya sentiasa mengingatinya dalam apa keadaan sekalipun..

Dikala sakit biasanya manusia mudah mengingati penciptanya agar diberi kesembuhan, sekali terantuk sekali tengadah.. namun bila sihat jarang yang dapat beri peringatan pada diri..

Ingatlah! Ketika sihat banyakkan menabur apa yang ada pada diri untuk orang lain. Buat jasa, beri sedekah, banyakkan tolong orang dan apa yang termampu dengan kelebihan kesihatan yang dianugerahkan.

Manakala ketika sakit, tenangkan diri dengan alunan zikir dan al-Quran. Usah mengeluh dan menyalahkan apa sekali pun. Usah mengharap dari manusia. Mengadulah kepada yang Esa, mintalah padaNya..

Semoga mendapat kebahagiaan di dunia fana ini selain mengharap kebahagiaan abadi di negeri Akhirat..

Monday, June 27, 2011

Diet penyakit tumor

Semalam genaplah sebulan Mama menjaga diet mama dengan dikawal ketat oleh Abah. Diet ini kami sendiri yang buat rumusan dengan nasihat dari En. Rafee B17. Makanan yang diambil lebih kurang sama sahaja dan tidak dipelbagaikan supaya tidak tersilap. Biasanya kalau ada makanan baru yang masuk, Mama selepas itu akan mengadu sakit di perut bahagian dalam, sakit dada, atau sakit belakang. tempat-tempat itu begitu sensitif dengan pemakanan.
Tumor ni macam "nafsu" je suka makan makanan yang best-best seperti benda-benda manis terutamanya gula, produk susu, benda-benda yang diproses seperti kebanyakan makanan moden serta seafood yang merupakan kegemaran Mama. Jadi menjaga pemakanan ibarat mengawal nafsu makan..Apabila nafsu makan dapat dikawal harapnya lebih mudah untuk dekat pada hari akhirat dan seterusnya kepada Allah SWT.

Dietnya ialah:
pagi : roti wholemeal hi-fibre (2 keping) dengan sayuran salad, tomato, lada; atau minyak habbatussauda dan za'tar (oregano)
atau kalau tak ada roti oat dengan madu asli.

tengahari: roti dengan sup singgang ikan kembung dan sayuran.
( dua minggu sekali makan nasi putih tapi syaratnya selepas pukul 12 tengahari)

petang: buah-buahan atau biskut hi-fibre cicah air delima masam tanpa penambahan pemanis atau teh clanx atau kadang-kadang jus jambu batu merah sunrise yang tiada gula.

malam: roti sekeping dengan lauk sayur atau oat dengan madu dan buah.

Biasanya sebelum makan ubat b17 setiap pukul 4 pagi, 12 tengahari dan 8 malam, juga perlu makan buah nenas atau betik 10 minit sebelum makan ubat.

Oleh itu nampaknya nenas dan betik merupakan menu utama sehingga abah terpaksa beli 3-5 biji buah nenas dan lebih kurang 3 biji betik setiap minggu. Nasib baik nenas madu, kalau tidak tak termakan juga! Walaupun sekarang ada rasa jemu pada singgang tapi cepat-cepat ingat, sakit lagi la tak tertanggung, bawalah bersabar. Lagikan Saidatina Aisyah r.h. hanya makan buah tamar (kurma) dan air je lebih dari 3 hilal (bulan sabit iaitu lebih kurang 3 bulan) , ini dah kira banyak lah..Alhamdulillah.