Tuesday, September 13, 2011

Panduan hidup

Sehari-hari dalam kehidupan adakah berlalu begitu sahaja? Setiap hari ada perbezaannya. Mungkin hari ni kita sihat, ketawa riang, manakala esok batuk sikit, lusa sakit demam dan sebagainya. Semua itu telah ditentukan oleh Allah SWT. Oleh itu hamba Allah dituntut supaya sentiasa mengingatinya dalam apa keadaan sekalipun..

Dikala sakit biasanya manusia mudah mengingati penciptanya agar diberi kesembuhan, sekali terantuk sekali tengadah.. namun bila sihat jarang yang dapat beri peringatan pada diri..

Ingatlah! Ketika sihat banyakkan menabur apa yang ada pada diri untuk orang lain. Buat jasa, beri sedekah, banyakkan tolong orang dan apa yang termampu dengan kelebihan kesihatan yang dianugerahkan.

Manakala ketika sakit, tenangkan diri dengan alunan zikir dan al-Quran. Usah mengeluh dan menyalahkan apa sekali pun. Usah mengharap dari manusia. Mengadulah kepada yang Esa, mintalah padaNya..

Semoga mendapat kebahagiaan di dunia fana ini selain mengharap kebahagiaan abadi di negeri Akhirat..