Tuesday, March 29, 2011

Punca penyakit

Sesungguhnya ramai manusia berada di dalam kerugian!!
Ramai manusia tenggelam di dalam nafsu mereka..
Mereka menyangka ia suatu keperluan sedangkan itulah racun bagi mereka.
Tiada penyebab kesakitan mereka melainkan kezaliman mereka sendiri ke atas diri mereka..


Kata pakar pemakanan terdapat 4 punca utama yang menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia:
-badan tidak mendapat enzim yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik
-badan mengandungi terlalu banyak asid
-badan mengandungi bahan toksik berlebihan yang tidak boleh dikumuhkan
-tidak mendapati oksigen yang mencukupi

Allah SWT menjadikan manusia sebaik-baik kejadian dan menjadikan segala yang ada di dunia untuk kegunaan manusia secara berhikmah. Di zaman moden ini terlalu banyak proses yang telah terjadi kepada bahan makanan mentah menjadikannya tidak sesuai untuk badan manusia yang berasal sifat dari tanah.

Badan manusia terdiri dari satu pertiga air. Oleh itu kandungan air yang banyak diperlukan untuk keseimbangan badan dan memberikannya secukupnya oksigen untuk pernafasan. Oleh itu minum air kosong adalah amat penting terutamanya air yang tinggi alkali supaya dapat membekalkan oksigen yang cukup.

Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan nikmat Allah SWT kepada manusia. Pelbagai jenis buahan dan sayuran boleh kita dapati dengan pelbagai khasiat. Makanlah satu pertiga keperluan badan daripada jenis buahan dan sayuran untuk membekalkan enzim dan menjauhi diri daripada toksik.Pengambilan makananan dari punca haiwan perlu dihadkan seminima yang mungkin.

Sepertiga yang lain simpanlah untuk imbangan angin dalam badan. Ini menunjukkan perut tidak boleh terlalu penuh dan selalu penuh, kerana ia tidak memberi ruangan untuk badan bernafas. Benarlah sabda Rasulullah SAW:

"Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih teruk dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap nak jugak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

Oleh itu beringatlah kita ketika makan.