Friday, May 20, 2011

Belajar al-Quran

  1. Sabda Rasulullah SAW:

"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan pada diri seseorang , maka Dia akan menjadikannya memahami agama dan sudah tentu pengetahuan itu diperolehi dengan belajar. "
Hadits riwayat al-Bukhari.

Tumor dan durian belanda

Buah durian belanda dipercayai mempunyai banyak khasiat kerana mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin. Buah ini banyak didapati di Amerika Selatan dan telah digunakan turun temurun oleh Suku Red Indian untuk merawat penyakit. Kesemua daun, buah, akar, batangnya berguna.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buahnya ini :

  1. Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
  2. Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
  3. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
  4. Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

  1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
  2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
  3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

sumber dari:

Sumber:panduanpercuma.info/info/4576/khasiat-durian-belanda-sebagai-penawar-kanser/


******

Mama telah mencuba buah durian ini, kali pertama di Kelantan. Ia dikenali di sana dengan nama durian Selat atau durian sayur. Walaupun tak suka makan buah durian demi untuk menyembuhkan penyakit, makanlah juga. Boleh tahan juga rasanya taklah seperti durian biasa.

Namun bila makan semalam durian belanda yang sense dapatkan dari rnr Bukit Gantang, rasanya sedap sikit, mama makan separuh habis tengahari semalam. Kemudian petang tu minum air halia panas diikuti dengan madu barah tualang. Malam tu makan lagi sedikit durian belanda ni. Malam tak boleh tidur. Kaki asyik krem, sebelah kanan rasa panas dari pinggang hingga hujung kaki. Kaki kiri yang berat tu juga krem. Sakit seperti ini rasanya pernah berlaku semasa mama makan air herba akar kayu Syifa dulu. Mungkin badan jadi panas dengan kimo semulajadi ni. Sampai pagi ni masih lagi krem dan badan agak berat. Mama cuba minum air banyak-banyak, termasuk air zamzam yang Makde bagi. Moga dipermudahkan Allah SWT yang maha penyembuh.

Thursday, May 19, 2011

Kacang soya dan produk Herbalife

http://movingtoislam.blogspot.com/2011/05/anda-mengambil-herbalife.html

Post saya hari ini adalah untuk menyedarkan tentang pengambilan produk Herbalife terutamanya ShapeWorks yang dikatakan mampu untuk membantu mengurangkan berat badan. Mula-mula saya ingin mengajak saudara/saudari untuk membaca sedikit informasi tentang produk ini dari website utamanya di:

http://www.herbalifeww.com/my/products/xml/main_p.asp?loc=en-AU&pid=Id1_14&cid=Id1_11&nids=Id1_2|Id1_11

Saya ingin highlightkan ini
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Maksudnya: Produk ini tidak dievaluasi oleh FDA. Oleh itu, produk ini adalah tidak bertujuan untuk menyembuh mahupun mengelakkan apa-apa penyakit.



Jika dilihat dari segi sejarahnya, produknya pernah mengandungi 'ephedrine' yang berbahaya namun bahan itu tidak digunakan lagi. Bahan terlarang ini boleh menyebabkan masalah kepada jantung.

Pada Mac 2010, pemilik fasiliti penghasilan produk Herbalife menerima surat amaran daripada FDA tentang kekurangan kawalan kualiti dan menunjukkan integritii yang sedikit dalam keselamatan produknya. FDA hanya boleh mengambil tindakan hanya setelah produk Herbalife ini dibuktikan sepenuhnya adalah tidak selamat.

Pada hemat saya, adalah lebih baik elakkan sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini. Walaupun produk ini dikatakan 100% semulajadi, namun produknya seringkali dikaitkan dengan hepatotoxicity atau kerosakan pada hati.

Mari kita lihat bahan-bahan asasnya pula:
# Includes 19 vitamins and minerals.
# 9 grams of soy protein and 18 grams when mixed with milk or soy milk per serving plus fibre to help keep you full and satisfied.

Mengikut akal fikiran yang logik, adakah vitamin, mineral dan protein mencukupi untuk memenuhi keperluan badan kita? Saya rasa tidak cukup. Jika ada sesiapa makan milk-shake ini pasti akan turun berat badan. Saya yakin tentang itu tetapi adakah ianya baik untuk kesihatan, jawapannya adalah tidak.

Penurunan berat badan ini berlaku tanpa peningkatan/pembinaan otot. Ini adalah kerana diet Herbalife ini tidak cukup kalori untuk pembinaan otot-otot badan mahupun ianya cukup untuk menampung sistem imunisasi badan. Kekurangan otot atau muscle mass ini adalah penting sebagai pelindung pada hari tua kelak. So macamana nak dapat muscle? Jawapannya ialah senaman!

Bahan asas yang amat merunsingkan saya dalam produk ini ialah penggunaan soya. Walaupun ramai antara kita yang tahu tentang kelebihan mengambil kacang soya, saya yakin ramai yang tidak tahu tentang kesan buruk soya kepada manusia. Telah terlalu banyak kajian tentang soya ini, saya ingin kongsikan beberapa daripadanya:

1. Dalam soya ada bahan yang dinamakan asid phytic yang juga dikenali sebagai phytates. Asid organik ini juga didapati dalam bijirin yang lain tetapi tidaklah sebanyak yang ada dalam kacang soya.
Asid ini meransang dan menyebabkan badan tidak dapat menyerap mineral-mineral penting seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zink. Phystate ini adalah sukar untuk dibuang walaupun dimasak dengan lama dalam api yang kecil.
Oleh itu, mineral yang ditambahkan dalam produk ini adalah sia-sia sahaja apabila soya digunakan sebagai bahan asas.

2. Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang kuat. Perencat ini menghalang pengambilan tripsin dan emzim-emzim lain yang diperlukan oleh badan untuk pencernaan protin. Kaedah masak yang biasa tidak mampu untuk memusnahkan perencat ini yang boleh menyebabkan gastrik, mengurangkan pencernaan protin yang boleh membawa kepada penyakit kronik lain yang berkenaan dengan kekurangan amino asid.
Oleh itu, tiada gunanya produk ini dikaitkan dengan kandungan protin yang tinggi tetapi menggunakan soya yang merencat penyerapannya oleh badan.

3. Di sebalik semua ini, kacang soya juga mengandungi 'hemagglutinin', bahan peransang penggumpalan yang menyebabkan sel-sel darah merah untuk menggumpal sekali. Penggumpalan menyebabkan sel darah tidak mampu untuk menyerap oksigen dengan baik untuk kegunaan tisu badan. Dan ini sekaligus tidak membantu dalam mengekalkan kesihatan kardiak/jantung yang baik.

Hemagglutinin dan perencat tripsin merupakan bahan yang merencat pertumbuhan. Walaupun kacang soya yang telah difermentasi/penapaian boleh memusnahkan kedua-dua perencat tripsin dan hemagglutinin, presipitasi dan memasak tidak memusnahkannya. Walaupun kadar perencat tripsin berkurang dalam produk soya yang dipresipitasi seperti tofu, ianya tidak dimusnahkan sepenuhnya. Hanya dengan cara fermentasi atau penapaian yang lama sahaja seperti tempeh dan miso mampu untuk memusnahkan bahan perencat tripsin dan hemagglutinin sepenuhnya agar manusia dapat menyerap khasiat dari kacang soya.
Sudah pasti, kacang soya yang digunakan dalam produk Herbalife ini tidak di presipitasi apatah lagi difermentasi untuk membuang bahan-bahan yang bahaya ini.

4. Kacang soya mengandungi goitrogen. Goitrogen adalah bahan yang menghalang sintesis hormon tiroid dan mengganggu metabolisma iodin yang akhirnya akan merencat fungi tiroid.

5. Soya adalah kaya dengan isoflavones genistein dan daidzein. Isoflavones adalah sejenis phytoestrogen, merupakan kompaun tumpuhan yang menyerupai estrogen tumbuhan. Kompaun ini yang menyerupai dan kadang-kala menghalang hormon estrogen dan telah didapati memberikan pelbagai kesan kepada tisu manusia. Phytoestrogen soya telah dikenali untuk merosakkan fungsi endokrin, menyebabkan kemandulan dan menggalakkan kanser payu dara pada wanita.

Meminum hanya dua gelas kacang soya setiap hari untuk sebulan adalah cukup untuk kompaun ini mengganggu kitar haid. Walaupun FDA meregulasikan produk yang mengandungi estrogen, tiada amaran diberikan pada kacang soya ini.

6. Kacang soya mempunyai risiko toksik aluminium dan mangan. Kacang soya yang diproses dengan basuhan asid dalam tangki aluminium boleh menyebabkan aluminium mencecah kadar yang sangat tinggi dalam produk akhir soya.

Menurut Dr. Kaayla Daniel, penulis 'The Whole Soy Story', mendedahkan ribuan kajian terhadap kacang soya dan kaitannya terhadap malnutrisi, masalah pencernaan, sistem imune rosak (breakdown), disfungsi tiroid, penurunan kognitif, masalah reproduktif, kemandulan, kanser dan penyakit jantung.

Berikut adalah sebahagian daripada masalah kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan kacang soya:
* Breast cancer
* Brain damage
* Infant abnormalities
* Thyroid disorders
* Kidney stones
* Immune system impairment
* Severe, potentially fatal food allergies
* Impaired fertility
* Danger during pregnancy and nursing

Saudara saudari sekalian, saya tidak membincangkan lagi tentang kacang soya yang telah dimodifikasi secara genetik dan kesan-kesannya lagi. Cukuplah setakat ini.

Saya harap artikel ini mampu memberikan kesedaran tentang bahayanya mengambil produk Herbalife. Saya juga harap selepas ini, jangan ada yang datang mempromosi produk yang saya anggap berbahaya kepada kesihatan lagi pada saya, keluarga saya, rakan-rakan saya dan pada pembaca blog saya.

Rujukan:

http://www.herbalifeww.com/my/products/xml/main_p.asp?loc=en-AU&pid=Id1_14&cid=Id1_11&nids=Id1_2|Id1_11
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2010/09/18/soy-can-damage-your-health.aspx