Saturday, June 11, 2011

Amalan ibadat sewaktu haid

Setiap perempuan akan mengalami waktu haid. Yang biasa ialah 7 hari dan paling lama ialah 15 hari. Tapi bagi Mama semakin meningkat usia ia semakin stable. Dulu masa sekolah menegah dan sebelum kahwin, haid Mama banyak iaitu maksimumnya 15 hari. Kadang-kadang terlebih lagi menjadi istihadah. Waktu suci antara dua haid pula paling minima iaitu 15 hari suci sahaja. Ini agak constant juga. Selepas kahwin ia mula berkurangan kepada 10-7 hari. Di usia 30an ini ia mula stable 7 hari sahaja sementara waktu suci pula antara 15-20 hari.

Apa yang paling penting untuk diingati ialah apabila suci kita kena perhatikan detik bila ia betul-betul suci iaitu putih bersih. Sekiranya bersih pada awal waktu solat contohnya waktu zohor, Mama lebih suka gantikan juga waktu yang sebelumnya iaitu Subuh dan Isya'. Begitulah juga dengan waktu-waktu lain.

Ibadat perlu diteruskan juga walaupun kita haid. Solat, tilawah al-Quran dan puasa merupakan larangan. Namun kita boleh berzikir dan membuat amalan kebaikan lain. Sejak sakit ini, Mama selalu rasa ada yang tak kena atau bad instinction diwaktu haid ini. Oleh itu caranya ialah membuat gantian zikir dan wirid sebanyak yang mungkin. iaitu gantian amalan solat yang biasa dilakukan. Antara amalan gantian yang cuba Mama lakukan di saat ini ialah:

Istighfar 1000 (untuk masa solat fardu 5 waktu)
hauqalah 100 (untuk setiap solat sunat rawatib)
istighathah 100 (untuk dhuha)
tasbih, tahmid, tahlil,takbir 1000 (untuk malam dan qiamullail)

Oleh kerana tidak boleh membaca al-Quran Mama gunakan sepenuhnya untuk tadabbur makna dan membuat bacaan lanjut dan banyak berfikir tentang ayat-ayat al-Quran.

Yang penting kita tidak lalai dalam tempoh lemah ini kerana syaitan sentiasa mencari peluang memasuki jiwa kita dan melemahkan iman kita. Moga Allah SWT berikan kekuatan dan menjauhkan kita dari kejahatan. Amin..

No comments: