Tuesday, October 18, 2011

Gulai ikan tongkol

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol 500 gm- potong kecil
4 keping asam gelugor(keping)
1 camca besar gula melaka
1 st garam
1/2 inci halia-hiris
3 ulas bawang putih- diketuk
air secukupnya

**** rebus semua bahan di atas hingga ikan empuk. K.An rebus dalam periuk tekanan selama 1/2 jam hingga tulang ikan pun lembut. Jika guna periuk biasa biarkan rebusan mendidih selama 1 jam

Bahan lain:

700 ml santan sederhana pekat
1 batang serai dititik
5-6 biji cili padi- ketuk
1 sudu besar kerisik
garam dan gula
2 sudu besar cili kisar - K.An letak 5 sudu besar sebab suka lebih pedas

Bahan dikisar halus:

8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sm lengkuas
2 sudu besar ketumbar- ganti dengan serbuk pun ok jugak rasanya
1 st jintan putih
2 biji buah keras

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 1 cawan air rebusan, santan, ikan, cili padi, asam gelugor , serai, garam dan gula. Masak Gulai hingga kuah pekat.

Matikan api dan sedia dihidang bersama nasi dagang dan acar mentah/ jelatah.

*** gulai Ikan tongkol lebih sedap setelah dipanaskan berulangkali seperti kuah laksa utara.

Thursday, October 6, 2011

Bukti ciptaan Allah SWT

Allah SWT adalah pemilik alam ini. Dialah yang mencipta langit, bumi dan segala makluk dan apa shaja yang terdapat di alam ini. Setelah itu Allah mengisahkannya di dalam kitabNya al-Quran supaya dapat diketahui oleh manusia dan memberi petunjuk kepada mereka supaya dengan itu mereka percaya dan beriman kepada Allah SWT. Oleh itu al-Quran mempunyai pelbagai rahsia yang hanya diketahui oleh Penciptanya dan hanya mereka yang ikhlas dan waras berfikir dapat menemui keajaiban-keajaiban di dalamnya. Manakala orang yang waas-was dan malahan mengengkari Allah SWT sentiasa tersasar dan tidak mampu memahaminya dengan sebenarnya..

-Ulasan dari buku Bagaimanakah orang jahil menafsirkan al-Quran terjemahan versi Melayu dari buku Harun Yahya.
lihat link ini untuk lebih lanjut bacaan.

Manakala ada juga orang kafir yang mengakui hakikat bahawa alam ini dicipta Tuhan turut diakui oleh seorang pakar astrofizik Kristian yangmana kajian dan penemuan-penemuannya telah membawanya kepada kepercayaan kepada Tuhan dan kitab Bible. Lihat link ini untuk melihat penemuannya.

Wednesday, October 5, 2011

Kekuatan imaginasi

Imaginasi dapat menembusi realiti. Imaginasi juga memberi rangsangan kepada otak seperti kejadian yang sebenar. Oleh itu tukarlah apa yang dihajati dengan kekuatan imaginasi anugerah Ilahi yang tidak membataskan ruang dan masa.

Jika anda miskin - jadilah kaya dengan membayangkan kehidupan orang kaya
Jika anda sakit - jadilah sihat dengan membayangkan anda telah pulih dan mampu menjalankan kehidupan seperti biasa.
Jika sengsara dan stress - jadilah tenang dengan membayangkan gelak ketawa riang..

Dalam " piece of mind oleh Sandy Mcgregor" memberi tips jika anda sakit, bayangkan sakit itu merah dan tidak sakit itu biru. Tingkatkan rasa sakit dengan membayangkan warna merah, lalu warna merah itu dilepaskan dengan perlahan-lahan dan digantikan dengan warna biru. Bayangkan ini berulang-ulang rasa sakit itu akan hilang dengan izinNya..