Makanan menjadikan kita sihat, makanan juga menyebabkan kita sakit. Oleh itu pemilihan makanan adalah penting. Setiap yang masuk ke dalam kerongkong dan perut kita biarlah dengan ilmu, bukan pakai makan je. Ingatlah kita makan bukan untuk memuaskan nafsu, tetapi jadikanlah aktiviti makan juga untuk ibadah kepada Allah SWT.
Piramid makanan cara orang Arab adalah antara yang terbaik..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJ_LI_4PQUzR8ZzQqvhzfRt3R6nyTxmQTpjDmaZGitpkQfSk-Gb3wP1dRuw00LjtQsHGG_LiRxjpvB6c05CmoObZc0pUAY8tbp4JYgfgX3xKMXVWbdQ_pnQL581lo4UyHMr9cjDHms7iM/s1600/diet.png
Friday, October 21, 2011
Tuesday, October 18, 2011
Gulai ikan tongkol
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol 500 gm- potong kecil
4 keping asam gelugor(keping)
1 camca besar gula melaka
1 st garam
1/2 inci halia-hiris
3 ulas bawang putih- diketuk
air secukupnya
****
rebus semua bahan di atas hingga ikan empuk. K.An rebus dalam periuk
tekanan selama 1/2 jam hingga tulang ikan pun lembut. Jika guna periuk
biasa biarkan rebusan mendidih selama 1 jam
Bahan lain:
700 ml santan sederhana pekat
1 batang serai dititik
5-6 biji cili padi- ketuk
1 sudu besar kerisik
garam dan gula
2 sudu besar cili kisar - K.An letak 5 sudu besar sebab suka lebih pedas
Bahan dikisar halus:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sm lengkuas
2 sudu besar ketumbar- ganti dengan serbuk pun ok jugak rasanya
1 st jintan putih
2 biji buah keras
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2.
Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 1
cawan air rebusan, santan, ikan, cili padi, asam gelugor , serai, garam
dan gula. Masak Gulai hingga kuah pekat.
Matikan api dan sedia dihidang bersama nasi dagang dan acar mentah/ jelatah.
*** gulai Ikan tongkol lebih sedap setelah dipanaskan berulangkali seperti kuah laksa utara.
Thursday, October 6, 2011
Bukti ciptaan Allah SWT
Allah SWT adalah pemilik alam ini. Dialah yang mencipta langit, bumi dan segala makluk dan apa shaja yang terdapat di alam ini. Setelah itu Allah mengisahkannya di dalam kitabNya al-Quran supaya dapat diketahui oleh manusia dan memberi petunjuk kepada mereka supaya dengan itu mereka percaya dan beriman kepada Allah SWT. Oleh itu al-Quran mempunyai pelbagai rahsia yang hanya diketahui oleh Penciptanya dan hanya mereka yang ikhlas dan waras berfikir dapat menemui keajaiban-keajaiban di dalamnya. Manakala orang yang waas-was dan malahan mengengkari Allah SWT sentiasa tersasar dan tidak mampu memahaminya dengan sebenarnya..
-Ulasan dari buku Bagaimanakah orang jahil menafsirkan al-Quran terjemahan versi Melayu dari buku Harun Yahya.
lihat link ini untuk lebih lanjut bacaan.
Manakala ada juga orang kafir yang mengakui hakikat bahawa alam ini dicipta Tuhan turut diakui oleh seorang pakar astrofizik Kristian yangmana kajian dan penemuan-penemuannya telah membawanya kepada kepercayaan kepada Tuhan dan kitab Bible. Lihat link ini untuk melihat penemuannya.
-Ulasan dari buku Bagaimanakah orang jahil menafsirkan al-Quran terjemahan versi Melayu dari buku Harun Yahya.
lihat link ini untuk lebih lanjut bacaan.
Manakala ada juga orang kafir yang mengakui hakikat bahawa alam ini dicipta Tuhan turut diakui oleh seorang pakar astrofizik Kristian yangmana kajian dan penemuan-penemuannya telah membawanya kepada kepercayaan kepada Tuhan dan kitab Bible. Lihat link ini untuk melihat penemuannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
