Wednesday, November 15, 2006

Puteri Farha


Peristiwa Kelahiran

Lahir dirumah sewa ketiga dan terakhir, rumah Khaltu Su'ad. Tak sempat ke hospital kerana Mama tunggu sakit sehingga ke pinggang sebagaimana terjadi pada kelahiran Muaz. Mula-mula sakit sejam-sejam bermula jam 6 pagi hingga lapan pagi contract makin kerap, 1/2 jam-1/2 jam, Mama beritahu abah pergi cari kenderaan ke hospital, tapi tak sempat kereta Abd. Baqi sampai, Farha dah nak keluar. Abah je yang ada. So abahlah yang bidankan, sambut Farha. Mula keluar Farha tak nangis, abah panik, lalu abah tonggengkan, baru nangis. Mu'minah, orang Somalia seorang jiran yang belajar kedoktoran datang menolong memotong pusat. Lama lepas tu baru ke klinik, keluarkan uri. Semua jiran datang sebab suasana yang kelam-kabut tu, semua yang datang kata al-farah, yaum yaum farah sebab mereka gembira dengan kelahiran ini, lalu abah dan mama namakan Farhah/Farha bermaksud gembira.

Berat: 2.9 kilo.

Tumbesaran

Farha membesar dengan cepat, semua nak cepat. Usia 4 bulan dah duduk atas kerusi bulat dengan baik. Usia 9 bulan dah boleh jalan. Usia Farha 8 bulan Mama bawa ke Mekah utk menunaikan haji. Mama bawa dengan beg kat depan pergi tawaf, tapi Farha tak tahan kena himpit, Farha nangis. Mama kena banyak berhenti. Ada orang Malaysia tanya, ngapa bawa anak kecil? Mama kata: Nak tinggal kat sapa?Alhamdulillah semua sempurna. Masa Farha usia setahun sebulan, Mama dan abah dah tamat belajar di Sudan dan pulang ke Malaysia. Tinggal dikampung dahulu sebelum mengikut abah ke Kuatan ke KYBM di Padang Lalang.

Di Kuantan, suatu peristiwa berlaku. Masa tu Mama ngandungkan Nisreen, Farha setahun setengah, masa tu, Mama bawa ke Taman Beruk dekat Pantai Teluk Cempedak. Muaz main buai. Abah nak tolong Muaz berbuai, lalu abah serahkan Farha kepada Mama, entah macam mana mama tak terpegang kuat, lalu Farha terlepas ke atas kerusi batu, terkena di kepala, berlubang dahi Farha. Abah yang terkejut, terus bawa Farha berlari ke kereta untuk ke hospital. Farha kena jahit tiga jahitan, tengok ada tak parut kat dahi tu? Dah tak berapa nampak. Memang peristiwa ni tak dapat dilupakan.

No comments: