Wednesday, November 15, 2006

Bersalin

Proses pantang

Seseorang ibu yang baru lepas bersalin perlu mengambil tempoh yang lama untuk mengembalikan kesihatannya semula. Ini kerana setelah begitu lama mengandungkan anak, rahim telah mengembang dengan begitu besar dan ini mengambil masa untuk mengecut dan langsing. Oleh itu perlu mengambil beberapa langkah iaitu:

1. Tidak melakukan kerja berat:
-mengangkat atau mengalihkan barang yang berat, paling berat ialah sekadar setimba kecil air.
- membongkok secara berulang-ulang seperti gerakan mengutip barangan atau menjemur kain.

2. Mengurangkan gerakan : seperti berjalan ke sana-ke mari, menaiki tangga, berlari dan lain-lain aktiviti gerakan jasmani. Berjalan dengan perlahan dan langkah teratur digalakkan untuk memperkemaskan peranakan yang masih lemah.

3. Menjaga bahagian saraf yang terletak terutamanya dikaki kerana di situ tempat berkumpulnya semua saraf yang amat sensitif khasnya yang berkaitan dengan peranakan. Tersepak sesuatu dengan ibu jari kaki mungkin akan menyebabkan pendarahan dan melambatkan proses untuk baik.

4. Menjaga pemakanan. Ini termasuk;
- tidak memakan makanan yang tajam; maksudnya yang masam (contohnya nenas) kerana boleh melukakan rahim yang masih baru hendak dipulihkan dan tidak kuat untuk memproses makanan seperti ini.

- tidak makan makanan yang sejuk dan menyebabkan kembung perut yang menyebabkan keresahan dan demam sejuk. Ini seperti sayuran timun, labu, buahan seperti pisang jelai berangan, emas, nangka dsb, ubi keledek, tembikai, mangga dan buahan tempatan seperti duku, langsat,nangka,cempedak, juga epal, lai, pir.

-Sebaliknya makanan yang boleh memanaskan badan digalakkan seperti lada hitam, halia. Amalkan lengkuas sebagai ulam untuk mengecutkan rahim.

- tidak makan makanan yang gatal seperti telur, ayam, ikan tertentu, udang dan sotong. Ini kerana tempat luka di bahagian faraj (yang mungkin dijahit) cepat terkena jangkitan kuman. Sekiranya alahan kepada makanan tertentu akan menyebabkan kegatalan dan kerengsaan yang menyakitkan.

- membanyakkan minum air suam utk memberi penghadaman kepada perut dan membaik pulih tisu yang rosak, juga mencegah sembelit.

-mengambil pati ikan haruan (sekurang-kurangnya 12 botol atau untuk dua minggu pertama), atau boleh direbus atau dipanggang ikan haruan tersebut.

5. Makan vitamin yang boleh menyegerakan pemulihan tubuh seperti pati ikan haruan, vitamin yang didiskripsi oleh doktor.

6. membengkung perut untuk melangsing dan mencantikkan tubuh dengan disertai dengan pemakanan herba dan ramuan akar kayu untuk pemulihan rahim. Boleh juga untuk mengambil pakej lepas bersalin seperti Salindah, Nona Roguy dsb untuk membantu atau ramuan akar kayu, air halia dan air ibu kunyit.

7. Mengurut dan bertungku adalah cara tradisional Melayu sejak turun temurun untuk mengecutkan rahim. Balut batu sungai yang telah dipanaskan dengan daun mengkudu.


No comments: