Friday, February 17, 2012

Hidup mengutip pahala

Hidup ini bukan milik kita
Semuanya adalah pinjaman
Gunanya untuk mengutip pahala
Hasil tuaian kelak di hari pembalasan

Dijaga dengan baik dapat kebaikan
Penuh ingatan terhadap Pemiliknya
Ditunaikan segala hak dan tanggungan
Penuh kesyukuran dengan nikmat yang Esa

Diguna dengan cuai kelak disoal
Mendapat nikmat lupa daratan
Seolah-olah miliknya yang kekal
Dihari akhirat mendapat sesalan

Gunalah sementara ada
Kelak nanti akan dipulangkan
Dia mahu menguji kita
Apa mahu dibuat dengan pinjaman

Kalau ditarik pinjaman itu
Bukan bererti terhenti kasih
Terputus rahmat tiada berkat
Tapi itulah ujian, dosa dibersih
Memberi nilai tambah
Mengangkat darjat

Bilamana hambaNya bersabar
Merasai hidup penuh dengan pahala

Hanya redhaNya yang dikejar
Tiada lagi merasai derita
Biar apa pun yang dirasa
Tiada yang lebih membahagiakan
Lebih dari merasai dakapan Ilahi

No comments: