Wednesday, May 6, 2009

Puteri Nisreen

Nama : Nisreen bt. Taj Rijal
Berat: 2.9 kg
Lahir: di HTAA, Kuantan, Pahang
Tarikh: 31 Oktober 2001

Puteri ketiga ini sangat bertuah. Inilah anak pertama mama dilahirkan di Malaysia. Semasa mengandungkan Nisreen, mama tidak ada komitment apa-apa dan ingin tumpukan pada keluarga. Masa tu, kita tinggal di Padang Lalang, kuarters Kolej Yayasan Belia Malaysia yang dipengerusikan oleh Pak Busu. Mama ketika tu baru pulang daripada Sudan. Duduk berjiran dengan PakBusu dan MakBusu Hamidah sekeluarga. Tetapi masa Nisreen umur 7 bulan dalam kandungan, kita pindah ke Indrapura, Gambang, Kuantan setelah Abah dapat jadi pensyarah di KIPSAS. Sepanjang tempoh 9 bulan mengandungkan Nisreen iaitu pada tahun 2001, mama banyak membuat kerja penterjemahan. Mama hanya mengajar tuisyen fardhu ain pelajar KYBM sekali-sekala sahaja. Pada waktu lainnya, mama suri rumah sepenuh masa.

Nisreen lahir di ambang bulan November, iaitu lebih kurang jam sebelas malam seingat mama. Mama sudah merasa sakit daripada petang dan sebelum maghrib telah pun berada di hospital besar. Setelah 5 hari lahir, Abah hantar mama pulang ke Kota Bharu kerana mama nak merasa berpantang dengan Nana. Wan datang ke Kuantan untuk menemankan Nisreen ke KB.

Proses pantang mama di Kelantan berjalan lancar. Nisreen tak ada penyakit masa kecil melainka n kuning/ jaundis sahaja. Jaundis Nisreen berlarutan hingga 15 hari, tapi doktor kata tak merbahaya. Macam-macam cara Nana buat, mandi daun inai la, ubat Cina la, jemur panas pagi dan lain-lain. Akhirnya baik juga, dan Nisreen makin berisi dan montel. Mama minum air akar kayu, makjun dan makan nasi dengan lauk ikan kering supaya cepat kecut peranakan dan tidak cepat sembuh..(patut Nisreen suka ikan masin ye). Masa Farha dan Muaz dulu, Mama bantai je makan ayam dan daging...

Akikah Nisreen dibuat dikampung bersama dengan Aina masa Nisreen dah 6 bulan. Abah sendiri yang angkut kambing. Tika tu buat untuk tiga budak. Seorang lagi anak Kak Ani rasanya. Buat marhaban dan dodoi buai lagi. Inilah pengalaman pertama Mama menyambut budak di Malaysia. Inilah antara kenangan manis Mama yang perlu mama catat untuk Nisreen kenangi sepanjang hidup.

No comments: